Telah menjadi rutin masyarakat Melayu Islam
mengamalkan surah Yassin pada malam Jumaat tetapi masih ramai yang tidak
mengetahui bahawa surah Al-Kahfi mempunyai banyak maanfaat/fadhilat yang sangat
baik dikhususkan utk bacaan pada Hari Jumaat (bermula lepas Maghrib hari Khamis
sehingga ke Solat Jumaat).
“Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada
hari Jumaat, niscaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jum’at.” (HR
Hakim 3349)
Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya,
daripada Nabi SAW baginda bersabda:
“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah
baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca
keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” (HR Ahmad)
Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah
bersabda:
“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,
maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di
hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.” (HR Ibnu Katsir)
Rasulullah saw bersabda:“Maukah aku tunjukkan padamu
suatu surat yang diikuti oleh seribu malaikat ketika diturunkan, dan
keagungannya memenuhi antara langit dan bumi?” Sahabat menjawab: Mau.
Rasulullah saw bersabda: “Surat Ashhabul Kahfi. Barangsiapa yang membacanya
pada hari Jum’at, Allah akan mengampuni dosanya sampai Jum’at berikutnya dan
ditambah tiga hari, diberi cahaya yang mencapai ke langit, dan akan terjaga
dari fitnah Dajjal.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243)
Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga
sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.”
Hadis ini bersumber dari Abu Darda’ dari Nabi saw. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3:
243)
Daripada al-Barra ra katanya: Di kala seorang lelaki
membaca surah al-Kahfi, tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan
ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan, lalu ia datang menemui
Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu
Rasulullah SAW bersabda: “Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama
al-Quran atau turun di atas al-Quran”. (al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)
Dalam surah al-Kahfi, diceritakan tentang kisah
Ashaabul Kahfi (pemuda-pemuda beriman), kisah Nabi Musa as dan Nabi Khidir as
serta kisah Dzulkarnain dan Ya’juj dan Ma’juj. Dalam beberapa hadis, Rasulullah
SAW menggalakkan kita agar membaca dan menghafal surah ini kerana dengan
membacanya dapat menghindarkan diri dari fitnah (musibah).
Menurut Ibnu Kathir dalam tafsirnya:
Hadith yang diriwayatkan dalam musnad Ahmad, Sahih
al-Bukhari dan Muslim bahawa al-Bara bin `Azib menceritakan seorang sahabat
yang bernama Usaid bin al-Khudair telah membaca surah ini di rumahnya, sehingga
akhirnya kuda di rumahnya meronta-ronta. Lalu sahabat ini telahpun meninjau
keluar rumahnya lalu didapatinya di luar rumah ada sekumpulan awan berdekatatn
kudanya, lalu ditanya kepada Nabi s.a.w maka baginda telah menjelaskan itulah
dia as-sakinah yang diturunkan Allah kepada orang yang mengamalkan membaca surah
ini.
Nabi s.a.w amat menggalakkan umat baginda agar
menghafaz surah ini. Sebagai contohnya sesiapa yang menghafaz 10 ayat yang awal
daripada Surah al-Kahfi akan selamat dari gangguan Dajjal seperti yang
diriwayatkan oleh Muslim, Abu Dawud, al-Nasa`ei dan al-Trimizi. Dalam riwayat
al-Tirmizi:”Sesiapa yang menghafaz tiga ayat yang awal dari surrah al-Kahfi”.
Hadis lain, diriwayatkan oleh al-Hakim dalam
al-Mustadrak dan dianggapnya sahih isnad, maksudnya: “Sesiapa yang membaca
al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya Allah akan mengurniakan baginya nur antara
Jumaat tersebut hingga ke Jumaat yang seterusnya.” Hadis ini dinilai sebagai
hasan, kata al-Albani.
Di dalam surah al-Kahfi ini terkandung isyarat
penting mengenai hari akhirat, sepertimana yang dipelajari daripada kisah-kisah
yang dipaparkan iaitu pengalaman Ashabul Kahfi yang tinggal dalam sebuah
masyarakat yang kufur kepada Allah SWT, Nabi Musa as yang banyak belajar
daripada Nabi Khidir as dan tentang sebuah pemerintahan dalam kisah
Dzulkarnain, yang kesimpulannya dapat memberikan kita pengertian tentang
nilai-nilai keimanan yang sebenar.
Kandungan Utama Surah Al-Kahfi
1. Hikayat Sohibul Kahfi (pemuda2 beriman)
2. Kisah Nabi Musa & Nabi Khidir AS
3. Kisah Zulkarnain dan Ya’juj & Ma’juj
Moga kita dilindungi daripada Fitnah Dajjal &
mendapat Nur di akhirat kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan