“Ya Allah ya Tuhan kami, rahmat-Mu yang sentiasa aku harapkan, kerana itu janganlah Engkau serahkan urusanku kepada diriku sendiri meskipun sekelip mata, perbaikilah urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau” Amin.Assalamualaikum ,

Memaparkan catatan dengan label tatapan hati saya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tatapan hati saya. Papar semua catatan

Sabtu, 29 Mac 2014

Bila baca Novel boleh Up Motivation dlm diri Tau..,...



wahai Si Sayang semua, lama sudah tidak menulis di blog ku ini..bukan sibuk xpi sibuk la jagk..poyo je kan orang lain pun kje jgak,..biasalah fitrah manusia bekerja utk mencari sesuap nasi dan rezeki yg halal di muka bumi Allah SWT ini...Sayang semua sihat ke..rindu sebenarnya utk menulis semacam diari dlm blog ini. 
xpi apakan daya.....huhuuhu..
banyak yg nak dishare kepada sayang semua..xpi tu la..biar simpan di dalam hati ini ye.

Malam ni rasa nak share pasal novel ni la..second time read memang x puas....banyak kata2 hadis yg menarik perhatianku..that;s why rasa ingin share diblog ni..sorry ye..ayat mcm terbalik cikit....
Tau x novel apa, urm kali ni nak share pasal tajuk "The Weeding Breakers" memang sweet keseimbangan dunia dan akhirat yg jelas dipraktikan dlm watak...sangat2 memberi motivasi kpdku.

Hakikatnya pada padanganku membaca novel ni boleh memberi motivasi yg tinggi kepada pembaca utk lebih positif walaupun hanya rekaan skrip yg begitu teratur dan xder cacat celarnya. But it's good for increase motivation.

Sorry tapak tangan ni asyik gatal je.

okey kita go tru sat2 bab ye yg mana sweet boleh jadikan motivation utk kita semua.harap korang semua terhibur ye...mcm lyn lagu pulak ye..yg mana baik jdkan tauladan ygmana x baik tu jdkan sempadan..

ooo so sweet..terlalu indah hidup ini jika berpadukan ajaran yg telah ditetapkan oleh NYA....

Allahuakhbar...



Bab 20
"It has been written Ariana, it has been written..Lean your lesson and live your life like it never happen unless you wanna die regretting, and unless the regret can undo the damage that has done"

Bab 26,
"Sesungguhnya salah seorang drp kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah, kemudian menjadi seketul daging, iaitu 40 hari, kemudian diutuskan olehnya malaikat lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat kalimmat, iaitu rezekinya dan umurnya dan amalnya dan celakanya atau bahagianya....
(Hadith 4 Iman Nawawi, diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Bab 30
" Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yg 
menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina-dina....
(Al-Mu'minum:60)

"Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah SWT melainkan doa"
(Riwayat al-Tarmizi dan Ibn Majah)

Sesungguhnya Allah SWT amat malu dan Maha Mulia. Adalah suatu yang memalukan bagi Allah SWT apabila seorang insan mengangkat kedua-dua tanganya, lalu Allah menolaknya kosong dan rugi.

(Riwayat Abu Daud dan Al-Tarmizi)

Bab 35

" Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah. Sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji yang dilalukan kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah Azzawajalla"
(Riwayat al-Bukhari, Muslim dan al-Hakim)

" Sesiapa yang menasihati saudaranya dengan tetap menjaga rahsianya beerti dia benar-benar menasihatinya dan memperbaikinya. Sedangkan yang menasihati tanpa menjaga rahsianya, beerti telah membuka aib dan mengkhianati saudaranya" 

(Sahih Muslim)

Bab 45
" Perempuan yang bila suaminya memanggil untuk tidur bersama, dia menolaknya, semua yang berada di langit akan marah kepadanya sihinggalah suaminya kembali menyenainya"
(Hadith mUslim)

Bab 47

" Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya, Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiap yg byk dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya"

(Riwayat Abu Naim)

Bab 48,
" Dan wanita-wanita yang kamu bimbang penderhakaan mereka, hendaklah kamu (sang suami) memberi merekanasihat-nasihat, dan berpisahlah kamu dari tempat tidur mereka, kemudian pukullah mereka, maka jika mereka patuh pada kamu, janganlah mencari jalan untuk memberatkan mereka lagi. Sesungguhnya Allah adalah Maha Tinggi lagi Maha Besar...Dan jika kamu bimbang perceraian antara mereka, hendaklah kamu kirimkan orang tengah dari keluarga isteri....Sekiranya kedua-duanya inginkan kebaikan, nescaya Allah akan menyatukan fikiran mereka antara kedua-duanya. Sesungguhnya Allah itu adalah Amat mengentahui lagi Amat Mengerti.
(Suarah An Nisa' Ayat : 34-35)

Sabda RAsulullah dalam hadis yang bermaksud: Sesempurna iman orang-orang mukmin ialah yang paling baik kelakuannya, dan yang paling lembut terhadap isterinya.

(Riwayat Iman Al - Bukhari dan Muslim)


Tergamakkah seseorang kamu memukul isteri sepertimana memukul seorang hamba abdi, kemudian dia memeluknya pula. Tidakkah dia (suami) merasa malu. 
(Riwayat Iman Ibnu Saad)

Bab 56
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengentahui, sedangkan kamu tidak mengentahui....

(Surah Al-Baqarah: 216)


Sekian suda..kata2 yg boleh dijadikan panduan hidup even most for yg dah kawen..huhuhuh....
Akan samapi time aku nantti..In Sha Allah.....

Before end this story, don't forget to pray for #MH370...dan kepada keluarha MH370 terus tetap tabah menghadapi dugaan daripadaNya...



Ahad, 26 Januari 2014

Hari Ini nak Bercerita pasaL Bedak Asas....


Regards on this matter above...kikikikiki..macam nak tulis email kat bosss pulak tue...
Upppsss...kita slow sikit radio jap ye..Azan Asar berkumandang sekarang...(Selamat menunaikan solat Asar ye semua)..sama-samala utk aku ni...

Okey dah....Alhamdulillah...mcm tajuk kita kat atas tu ye...nak bercerita pasal bedak asa @ foundation kalo bahasa orang Putih tu...Korang pakai foundation brand apa ye..ada yg mahal, ada yg murah..sgt2 mahal2 pun ada...yg ni meme x nampak lubang2 kat PP tu...hahahhah...


Keserasian Bedak Asas utk frens semua

Kat shopping complex byk ada jual..janji stand by duit saje tau..
Maybelline ada, Loreal ada apa lgi ye byk sgt x masuk lg yg local punye brand tau..
Me,...belasah je..hahaha..bukan selalu pakai..time ada event je mcm annual dnner je tau..hahahaha...
skali beli  entah berapa tahun nak abis..hahaha..expired dulu la...

okey-okeyla....lets to the topic kiter ye...Mula-mula kita bercakap pasal apa fungsi foundation ni..
yg dah tau tu..hang duk senyap-senyap ye...kikikikiki....

Apa lagi menyembunyikan ketidaksempurnaan pada wajah seperti bekas jerawat, bintik-binti hitam@ton kulit yg tidak sekata..

Jomla kita berkenalan dgn Jenis-jenis bedak ASAS ni ye.
a.k.a FOUNDATION.

1 Sheer Foundation
Foundation ni mengandungi silicon & mudah utk dipakai..haaaaahhhh ..silikon…mcm nak buat FG kat tempat kje aku je..campur silicon..pastu produce material utk buat bumber kereta..kat muka pun kena tambah silicon….ooooohhhhh……bahan-bahan..hakhakhak..patutla terik semacam.
Pakai yg ni dah tak Nampak kulit yg berminyak tau..sesuai utk yg memiliki kulit yg kering dan ia perlu digoncang sehingga sebati semuanya sebelum digunakan.


2 Cream Foundation
Bedak asa ini pula mengandungi byk pelembap & teksturnya lembut. Sesuai utk org yg memiliki kedutan-kedutan(kedutan yg degil) halus kerana teksturnya yg lembut & mudah dipakaimalah boleh melembapkan kulit kering si pemakai.
WOW…….WOW>>>>

3 Matte Foundation
Sesuai utk kulit yg berminyak kerana ia tdk mengandungi minyak tetapi cepat kering.so That, jgn pakai terlalu tebal takut nanti jd ais..kakakaka
4 Stick
Yang ni pula utk mereka yg mempunyai kelit kering & normal. Ia dpt menyembunyikan bintik-bintik hitam dan bekas jerawat..PEEEEECHHHH>>>YO>>>>>>>no jeraWAT.
5 Liquid Foundation
Kalu yg ni pulak ada 2 jenis, base on air & minyak.kalau yg base on air tu suitable utk kulit berminyak & sensitive. Kalau yg kulit kering @ mengalami dehidrasi tu, amat sesuai menggunakan bedak asa yb bahan dasarnya drp minyak…

Bedak ASAS Pelengkap Solekan

Maka dgn itu,,buatlah pilihan yg bijak utk muka kita.

* Semua anugerahNYA sangat cantik dan perfect semua....Peaaachhhh YO..semua.

Jom kita g shopping foundation baru...yang ada dah expired.... 







Ahad, 20 Oktober 2013

Mula berbicara


As salam semua..hihihi..atas tu dah assalamualaikum..lagi bg salam..ayaaa..tidak mengapa...okey je tauApa nak tulis ye..setelah sekian lama tidak bergerak pena tangan ini..adakah sy ni terlalu sebok dgn tugas harian..kakakkaa..kalah PM kite..rindu hati utk meluahkan kata2 hati hari ni..hahaha..
hatila sangat...
rutin hari minggu yg biasa..bangun awal pagi..utk basuh kain....aduh2..rajin tau....then keluar utk cuci kereta samping tu hantar baju keje utk gosok...hahaha,,....pemalas betul la..baju pun htr gosok..baku kje je tau...

kehidupan yg sentiasa di penuhi....xpi byk yg sia2 saje....perlukan kesedaran yg kuat dan teguh utk terus mengorak langkah dan berfikiran positif...alwaz..and alwaz........

okeylah..nak cau dlu la...

selamat malam..Assalamualaikum



Khamis, 3 Oktober 2013

Suria Cinta...


Assalamualaikum & gud night semua..

sudah lama rasanya tidak menulis d dlm blog ini...updated......ohhhhhhh...
minat penulisan agak menurun sikit lately...tiada apa yg ingin dicurahkan....
Mata dah start inginkan rehat..hahahha.
baru taip cikit dah mitak rehat..apo daaa.....

korang semua sehat ke? apa cer citer baru...
life baru..
jorney baru....

sume baru..hope2 org pun baru.....hahahaha
suria cinta...
byk btl cinta..xpi x taula cinta Jannah ke x?hahahaha...

woey....let cau dlu...
mlm esk...doakan supaya ada waktu utk...coret2 ye......

Rabu, 5 Jun 2013

KEAJAIBAN SELAWAT...


1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain

Sabtu, 4 Mei 2013

RAHSIA SURAH ALFATIHAH




1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu
2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman
3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental
4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan
5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA

Ahad, 28 April 2013

MISTERI SURAH ALFATIHAH





1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman

3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental

4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan

5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA

Rabu, 24 April 2013

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barang siapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik, In shaa Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajat kita akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

Aamiin Ya Allah.


Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai orang yang boleh atau lebih, tiada kerugian bahkan digalakkan.
Ikhlaskanlah hatimu dalam menyampaikan dakwah ini kerana Allah. Dunia adalah pentas, akhirat jua lah tempatnya yang sebenar.

Khamis, 18 April 2013

Tatacara Mengerjakan Solat Witr.

Solat Witr 1 rakaat

Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Duduk untuk tahiyyat akhir
12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Solat Witir dengan tiga rakaat. Tatacara perlaksanaannya ada dua :

1. Mengerjakan dua rakaat terlebih dahulu dan salam. Setelah itu didirikan satu lagi rakaat secara berasingan dan salam. Dalilnya adalah riwayat daripada Nafi’:

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يُسَلِّمُ بَيْنَ الرَّكْعَةِ وَالرَّكْعَتَيْنِ فِي الْوِتْرِ.

Maksudnya :

Bahawa ‘Abdullah bin ‘Umar mengucapkan salam antara satu rakaat dan dua rakaat dalam solat Witir. – Hadith Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Witr, no 991.

* Tatacara mengerjakannya

Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam kanan dan kiri dan bagun untuk mengerjakan rakaat terakhir

Rakaat Ketiga

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Duduk untuk tahiyyat akhir
12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

2. Mendirikan tiga rakaat sekaligus dengan hanya satu salam.

مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً.

يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ. ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ.

ثُمَّ يُصَلِّي ثَلاَثًا.

Maksudnya :

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menambah pada bulan Ramadan dan tidak pula pada bulan-bulan lainnya, melebihi sebelas rakaat; baginda solat empat rakaat, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat empat rakaat lagi, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat tiga rakaat (witir). - Hadith Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no 1147.

Solat Witir sebanyak tiga rakaat ini berbeza dari Solat Maghrib yang terdapat dua tasyahhud. Tasyahhud solat Witir hanyalah satu yakni pada rakaat yang ketiga. Surah-surah yang baginda baca untuk solat Witir tiga rakaat adalah Surah al-A’la, Surah al-Kaafiruun dan Surah al-Ikhlas sebagaimana riwayat daripada Ubay bin Ka’ab, dia berkata :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْوِتْرِ بِسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى

وَفِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ بِقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَفِي الثَّالِثَةِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

وَلاَ يُسَلِّمُ إِلاَّ فِي آخِرِهِنَّ وَيَقُولُ يَعْنِي بَعْدَ التَّسْلِيمِ سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ثَلاَثًا

Maksudnya :

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa membaca dalam Solat Witir ‘Sabbihisma rabbikal a’laa’ dan pada rakaat kedua membaca ‘Qulyaa ayyuhal kaafiruun’ dan pada rakaat ketiga ‘Qulhuwallahu ahad’ dan baginda tidak mengucapkan salam kecuali pada akhir rakaat dan baginda membaca ‘Subhanal malikul qudduus’ sebanyak tiga setelah memberi salam – Hadith Riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyaamul Lail wa Tathawwu’un Nahaar, no 1683.

by ~ Islam Itu Suci




Jumaat, 12 April 2013

DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER.

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.
Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya

Selain dari itu, boleh lah jika ingin menjadikan SARI AgeGard sebagai salah satu alternative untuk penyembuhan sel KANSER.

Insyallah...




Khamis, 11 April 2013

" TUJUH RAHSIA ISTIGHFAR "


Istighfar adalah memohon ampun kepada ALLAH Subhanahu Wata'ala dengan kalimat:

Astaghfirullaahal'adzhiim atau dengan kalimat lain yang semakna..
Permohonan Ampun ini dilakukan dengan hati yang tulus dan diiringi dengan penyesalan atas kesalahan yang telah diperbuat serta bertekad untuk tidak mengulanginya..

Inilah 7 Rahsia Istighfar :

1 : MENDATANGKAN AMPUNAN ALLAH..
Maka aku berkata (kepada mereka) Mohon-lah ampun kepada RABB-mu sesungguhnya DIA adalah Maha Pengampun..
(QS. Nuh :10)..

2 : MENGATASI KESULITAN DAN TERBUKA NYA PINTU REZEKI
Barangsiapa beristighfar secara rutin, pasti ALLAH memberinya jalan keluar dalam kesempitan dan memberi rizki yang tiada terhingga padanya..
(HR. Abu Daud)..

3 : MENAMBAH KEKUATAN..

Dan (Hud berkata): Hai kaum-ku, mohon-lah Ampunan kepada RABB-mu lalu bertaubat-lah kepada-NYA, Niscaya DIA akan menurunkan hujan yang sangat deras dan DIA akan menambahkan kekuatan diatas kekuatan mu..
(QS. Hud :52)

4 : MEMPEROLEH BANYAK KENIKMATAN..

Dan hendak-lah kamu memohon Ampun kepada RABB-mu dan bertaubat kepada-NYA, Niscaya DIA akan memberi kenikmatan yang baik kepada-mu sampai kepada waktu yang telah di tentukan...
(QS. Hud :3)...

5 : TURUN NYA RAHMAT...

Hendak-lah kamu memohon ampun kepada ALLAH, agar kamu mendapat rahmat...
(QS. An-Naml :46)...

6 : SEBAGAI KAFARATUL MAJLIS...

Barangsiapa yang duduk dalam satu Majlis (perkumpulan orang) lalu di dalamnya banyak perkataan sia-sianya atau (perdebatan) kemudian sebelum ia bangkit dari Majlis membaca (Istighfar):
Subhaanakallahumma wa bihamdika asyhadu allaa ilaaha illa anta Astaghfiruka wa atuubu ilaih...
(Maha suci ENGKAU YAA ALLAH,dan aku memuji-MU dan aku bersaksi bahwa tiada ALLAH melainkan ENGKAU, aku memohon ampun dan bertaubat kepada-MU)...

Maka ia akan diampuni kesalahan-kesal ahan yang diperbuatnya selama di Majlis itu...(HR. Ath-Tirmidzi, Nasa'i, Ibnu Hibban, Abu Daud dan Al-Hakim)

7 : TERHINDAR DARI AZAB ALLAH...

Dan tidak-lah (pula) ALLAH akan mengadzab mereka, sedang mereka masih memohon ampun(Istighfar)
(QS. Al-Anfal :33)



Jumaat, 15 Mac 2013

Berkesan Apabila Di Awal Waktu Dan Aura Berjemaah Tempat Azan Dilaungkan Sahaja


Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulula.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Terima Kasih..As salam….daaaaaa.
Credit: page Solat Fardhu

Khamis, 7 Februari 2013

Kisah Nabi Muhammad SAW Ketika Menjelang Sakaratul Maut

Sama-sama kita hayati cerita dan Kisah Nabi ini supaya kita rasa insaf dan mengikut jejak langkah seta Sunnah yang ditinggalkan Nabi Muhammad kepada kita. Sama-sama kita hayati dan renungkan. In Shaa Allah.
Betapa mulia dan indahnya akhlak baginda Ya Rasulullah SAW Mengingatkan kita sewaktu sakratul maut.
‘Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbata memberikan petuah,
“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua hal pada kalian, sunnah dan Al Qur’an. Barang siapa mencintai sunnahku, berati mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan bersama-sama masuk surga bersama aku”.
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang teduh menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan napas dan tangisnya. Ustman menghela napas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
“Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” desah hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir usai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan sigap menangkap Rasulullah yang limbung saat turun dari mimbar.
Saat itu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu, kalau bisa.
Matahari kian tinggi, tapi pintu Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
“Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
“Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,”Siapakah itu wahai anakku?”.
“Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,”tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. ” Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi.
“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”
“Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
“Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh.
Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
“Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.”
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali mendekatkan telinganya.
“Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum – peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”
Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
“Ummatii, ummatii, ummatiii!” -
“Umatku, umatku, umatku”
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allaahumma sholli ‘alaa Muhammad wa’alaihi wasahbihi wasallim.
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia,
tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.
Wallahualam…
Kisah Nabi Muhammad SAW Ketika Menjelang Sakaratul Maut

Sabtu, 26 Januari 2013

Saya Juga suka...


MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

Hari ni saya jd mek bungo tau...mek bungo TUlips.........................












1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.
 
“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.” ~Wallahullam

credit via =====> Kahwin Muda Itu Indah

Rabu, 23 Januari 2013

Empat Amalan Yang Dapat Menyelamatkan Daripada Api Neraka



Credit from : Tengku Fariduddin dan diterbitkan pada 16 January 2013  

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra : Rasulullah SAW pernah bersabda, “Perbuatan yang engkau lakukan tidak akan menyelamatkan engkau dari api neraka”, mereka berkata, “Bahkan tuan sendiri ya Rasulullah?” Nabi Muhammad SAW bersabda, “Bahkan aku sendiri, kecuali Allah melindungiku dengan kasih dan rahmatNya.
Oleh kerana itu lakukanlah perbuatan baik sepatut mungkin, setulus mungkin, sedapat mungkin dan beribadahlah kepada Allah pada pagi dan petang hari, pada sebagian dari malam hari dan bersikaplah al-qashd (mengambil pertengahan dan melaksanakannnya secara tetap) kerana dengan cara itulah kamu akan mencapai (syurga)”.
Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa perbuatan yang akan menyelamatkan kita daripada seksaan api neraka adalah :

EMPAT AMALAN YANG DAPAT MENYELAMATKAN DARIPADA API NERAKA

Pertama : Perbuatan sebaik mungkin.
Kedua : Perbutan setulus mungkin (bersungguh-sungguh ikhlas)
Ketiga : Perbuatan sedapat mungkin (bersungguh-sungguh hingga semaksima mungkin)
Keempat : Beribadah dengan cara sederhana dan istiqamah (berterusan).

Huraiannya :

Pertama : Perbuatan sebaik mungkin (peringkat ihsan)
Allah SWT berfirman bermaksud: “Berbuat baiklah (kepada hamba Allah) seperti mana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah).” (Surah al-Qasas, ayat 77)
Ihsan adalah tonggak yang menegakkan kerangka agama seiring iman dan Islam. Namun, umat Islam kini memandang remeh konsep ihsan ini sehingga tidak mengambil endah kepentingannya dalam kehidupan seharian.
Ihsan bererti berbuat baik dan didefinisikan sebagai ajaran atau konsep mendukung etika kerja yang baik. Berdasarkan perspektif ini, ihsan dapat difahami sebagai produktiviti kerja secara optimum dengan hasil sumbangan terbaik dan berkualiti tinggi. Konsep ihsan menjurus kepada dua matlamat utama. Pertama, ihsan dalam ibadat dan kedua, ihsan dalam muamalat.
Ihsan dalam ibadat ialah beribadat kepada Allah dengan penuh khusyuk dan tawaduk di samping ikhlas seolah-olah ketika itu sedang berhadapan dengan Allah SWT.
Jika perasaan itu ada, sudah tentu manusia gerun untuk melanggar larangan Allah SWT.
Menurut Ibnu Hajar, sekiranya manusia tidak dapat melihat Allah, maka hendaklah dia meyakini Allah melihat dan mengawasinya. Justeru, setiap muslim hendaklah menyempurnakan ibadat dengan sebaiknya bertepatan landasan digariskan Allah dan sunnah Rasulullah SAW.
Perlu diingat konsep ihsan bukan sekadar memelihara hubungan baik dengan Allah SWT dalam urusan ibadat semata-mata kerana ihsan turut merangkumi setiap perlakuan sesama manusia sama ada bersangkutan perkara duniawi mahupun ukhrawi.
Ihsan dalam muamalat adalah bersifat ihsan sesama manusia dan juga sesama makhluk Allah SWT yang lain.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Wahai Aisyah! Kamu hendaklah menaruh kasihan belas (berihsan). Sesungguhnya apabila ihsan masuk ke dalam sesuatu, maka hendaklah ia menghiasinya. Dan apabila ihsan terkeluar daripada sesuatu, maka ia akan rosak.” (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua : Perbutan setulus mungkin (bersungguh-sungguh ikhlas kerana Allah SWT)
Ikhlas bermaksud melakukan amal ibadat sama ada secara khusus atau umum semata-mata memburu keredhaa Allah. Bagi orang yang hatinya berpaut dengan rasa keikhlasan tidak akan melakukan sesuatu mengharapkan pembalasan. Pepatah ada mengatakan, “Ada ubi ada batas aku beri jangan lupa di balas”. Seseorang yang ikhlas juga tidak mengharapkan pujian dan sanjungan daripada manusia,jauh sekali menunjuk-nunjuk atau riak.
Ikhlas selalunya lahir dari hati yang luhur dan mengharapkan reda Allah SWT. semata-mata. Inilah akan menjadi kunci kesempurnaan dan kejayaan segala amal. Allah SWT. akan menerima perbuatan atau amal yang dilakukan dengan ikhlas.
Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu wahai Muhammad dengan membawa kebenaran, oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya”
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya nilai perbuatan itu bergantung dengan niatnya,dan sesungguhnya bagi setiap orang, buah atau ganjaran sesuai bagaimana niatnya.barang siapa hijrahnya kerana menuruti perintah Allah dan RasulNya nescaya hijrahnya diterima oleh Allah dan RasulNya (dan diberi pahala) dan barang siapa hijrahnya kerana keuntungan dunia yang dikejarnya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya,maka hijrahnya sampai
kepada yang diniatnya itu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ketiga : Perbuatan sedapat mungkin (bersungguh-sungguh hingga semaksima mungkin)
Sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah SWT menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.”
(Hadis Riwayat Abu Daud).
Menurut hadis ini, apabila seseorang muslim suka membuat sesuatu pekerjaan dengan tekun sehingga selesai dan sempurna pekerjaannya, maka dia termasuk dalam kategori manusia yang disukai oleh Allah SWT.
Mungkin kita tertanya-tanya, kenapakah Allah SWT sukakan muslim yang bersikap tekun dan bersungguh-sungguh dalam pekerjaannya? Mungkin.. salah satu sebabnya ialah kerana Tuhan sendiri bersikap tekun dan bersungguh-sungguh tatkala Dia mencipta makhluk dengan serba kesempurnaan.
Hal ini disokong oleh sebuah hadis lain; “Sesungguhnya Allah itu cantik dan indah. Dan, dengan sebab itu, Dia sukakan keindahan.”
Barangkali sebab itu juga Allah SWT benci manusia yang ‘mencacatkan’ kesempurnaan . ciptaanNya. Jika sesuatu perbuatan dibuat sambil lewa maka tidak bersungguh-sungguh maka perbuatan tersebut pasti rendah kualitinya dan pelakunya akan mengalami kegagalan.

Keempat : Beribadah dengan cara sederhana dan istiqamah (berterusan) diwaktu pagi, petang dan sebahagian malam.
Islam tidak suka umatnya melakukan sesuatu ibadah yang banyak tetapi berhenti ditengah jalan dan tidak mampu dilakukan secara berterusan dan istiqamah. Sesuatu ibadah itu lebih baik dikerjakan sederhana tetapi berterusan dan istiqamah.
Islam menuntut setiap insan supaya berusaha mengejar dan mencari sedapat mungkin keperluan bagi menyempurnakan sebuah kehidupan sama ada di dunia mahupun di akhirat nanti. Cara paling sesuai dianjurkan Islam ialah dengan bersederhana.
Ibadah yang dilakukan sedikit tetapi istiqamah adalah lebih baik daripada ibadah yang banyak tetapi berhenti ditengah jalan.
Diriwayatkan dari Aisyah ra : “Seseorang bertanya kepada Nabi Muhammad SAW, “Apakah amal (ibadah) yang paling dicintai Allah?” Nabi Muhammad SAW bersabda,” Amal (ibadah) yang dilakukan secara tetap meskipun sedikit”(Hadis Riwayat Bukhari)
Pada masa sama, perlu ada keseimbangan supaya kedua-dua tuntutan dunia dan akhirat dapat disempurnakan sebaiknya seperti sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Beramallah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati besok pagi.” (Hadis riwayat Ibn Asakir)

Istiqamah ~~~~~~kita menempuh jalan (agama) yang lurus (benar) dengan tidak berpaling ke kiri mahupun ke kanan. Istiqamah ini mencakupi pelaksanaan semua bentuk ketaatan kepada Allah samaada zahir dan batin dan meninggalkan semua bentuk larangan-Nya. Apabila hati telah istiqamah dalam makrifat kepada Allah, dalam takut pada-Nya, pengagungankan-Nya, malu pada-Nya, cinta pada-Nya, berhajat pada-Nya, keinginan pada-Nya, harapan pada-Nya dan berdoa dan bermunajat pada-Nya, tawakkal pada-Nya dan berpaling dari selain-Nya maka organ tubuh lainnya akan istiqamah. Kerana sesungguhnya hati adalah komanden seluruh organ tubuh dan yang lain adalah prajurit.

Jika kita ingin anggota tubuh badan kita istiqamah maka istiqamahkanlah hati kita dengan Iman. Dan iman ini tidak akan berlaku istiqamah, kecuali lisan kita telah istiqamah terlebih dahulu, sebagaimana yang pernah Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :”Tidaklah iman seorang hamba itu lurus (istiqamah) hingga hatinya istiqamah, dan hatinya tidak akan istiqamah kecuali lisannya telah istiqamah.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita melakukan amal ibadah soleh, amal ibadah dan amal kebajikan secara bersungguh-sungguh, ikhlas, sederhana dan berterusan (istiqamah). Setiap amalan kita akan dinilai dan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Ingatlah bahawa hidup di dunia ini hanya sementara dan kehidupan di akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi.

Insyaallah..sentiasa mendoakan supaya sentiasa diberi PETUNJUK mu….Amiin…..
As Salam….daaaaa…

genG-Geng yg COMel

Follow WIth Me By Tweet..