“Ya Allah ya Tuhan kami, rahmat-Mu yang sentiasa aku harapkan, kerana itu janganlah Engkau serahkan urusanku kepada diriku sendiri meskipun sekelip mata, perbaikilah urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau” Amin.Assalamualaikum ,

Memaparkan catatan dengan label Sok sek SOK sek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sok sek SOK sek. Papar semua catatan

Khamis, 14 Jun 2012

Kad Kahwin Irma YAsmin



Kami suka dengar kisah percintaan Irma Hasmie ini, nampak teratur dan penuh keberkatan. Dan, beliau bakal berkahwin dengan pasangan pilihan pada 29 Jun 2012.
Memetik laporan Murai hari ini, kad jemputan perkahwinan Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer telah pun di’edarkan. Pasangan ini bertunang pada 29 Mac 2012 lalu.
Majlis pernikahan Irma Hasmie akan diadakan pada 29 Jun di Dewan Persidangan Putrajaya jam 3.00 petang dan resepsi berlangsung di MAEPS, Serdang hari sama jam 8.00 malam.

Walimatul Urus Irma Yasmin
Irma Hasmie yang di’hubungi berkata beliau kini sedang mengerjakan umrah, kini dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah & di’jangka pulang ke tanah air pada 20 Jun ini.
Pelakon & pengacara ini berkata aktiviti seni’nya ketika ini di’berhentikan seketika untuk memberi laluan beliau mengerjakan umrah dan membuat persiapan terakhir perkahwinan.

Jumaat, 1 Jun 2012

Konsert K-Pop : KBS Mohon Maaf



Kementerian Belia dan Sukan : KBS mohon maaf sekiranya Himpunan Jutaan Belia Ahad lalu dengan persembahan artis K-Pop dari Korea dalam, menyinggung perasaan mana-mana pihak di Malaysia.Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga menteri KBS berjanji bahawa pihaknya akan lebih telus akan datang bagi memastikan perkara sebegini tidak akan berulang lagi kelak.

“Saya mohon maaf kepada semua pihak sekiranya ada antara mereka tersinggung dengan persembahan K-Pop yang dikatakan berpakaian kurang sopan pada Himpunan Jutaan Belia lepas,” jelasnya optimis.
Menurut Ahmad Shabery, beliau menerima dengan baik teguran membina dari mana-mana pihak mahupun dari pembangkang sekalipun mengenai program yang diadakan sempena perhimpunan itu agar boleh dijadikan titik sempadan akan datang.
Menurutnya lagi, sepanjang program lima hari itu, lebih 500 acara telah diadakan. “Mungkin ada beberapa acara perlu ditelusi kembali. Saya amat terbuka dan optimis, tetapi banyak perkara lain yang boleh dilihat,’ jelasnya sebelum menghabiskan sesi sidang media.
Credit: Forblogger.net

Selasa, 15 Mei 2012

Kisah SAiful Apek Ngan David Teoh

Sebagai mereka yang sukakan gossip & kontroversi, sidang media Saiful Apek petang ini agak mengecewakan tanpa kisah sensasi untuk kami jaja untuk duit & kepentingan sendiri. #LOL
Hadir seorang diri tanpa di’temani 50 orang selebriti seperti di’dakwa, Saiful Apek memulakan sidang media petang tadi dengan mengingati arwah Bob Kuman yang merupakan sahabat rapat beliau dalam bidang seni selama ini.
Memberikan komen tentang tuntutan RM200,000 terhadap David Teo sebelum ini, Saiful Apek akur dengan keputusan mahkamah yang membatalkan tuntutan beliau sebelum ini.
“Tuntutan saya sebelum ini bukan fitnah, ia’nya nyata tetapi saya akur dengan keputusan mahkamah seperti di’nyatakan pihak yang satu lagi (David Teo). Saya orang yang hormatkan perlembagaan,” ujar Saiful Apek.
Dalam sidang media yang sama, Saiful Apek juga meminta pihak media termasuk mereka yang berada di sosial media supaya menghentikan sebarang tulisan berbaur negatif tentang David Teo & isu berkaitan arwah Bob Kuman selepas ini.

“Saya sendiri tidak pernah panggil apa yang berlaku sebagai satu perang terhadap individu atau mana mana syarikat produksi tertentu. Ini hanya isu menuntut hak dan saya akur dengan keputusan yang melalui saluran yang betul,” tambah Saiful Apek.

Khamis, 26 April 2012

Saya sangat Suka Dia


KUALA LUMPUR: Bekas personaliti TV3, Datin Seri Normala Samsuddin nekad meninggalkan terus dunia glamor dan enggan bergelar seorang pengacara jika ditawarkan oleh mana-mana pihak.
Normala berkata, beliau merasakan zamannya sudah berakhir dan ingin memberikan tumpuan sepenuhnya kepada rumah tangga dan keluarga.
"Saya sudah tua dan rasanya tak payah la lagi muncul sebagai pengacara. Beri pula kepada muka-muka baru.
"Tambahan pula saya kini gembira dengan kehidupan sebagai seorang isteri, ibu dan nenek. Ia adalah perkara terbaik dan terpenting dalam hidup saya kini," ujarnya  pada majlis memperkenalkan 20 Finalis Program On Air di sini pada Rabu.
Ujarnya, komitmen yang diperlukan sebagai seorang pengacara adalah antara faktor beliau enggan kembali menjadi pengacara walaupun banyak tawaran diberikan kepadanya.
"Saya bukannya seorang wanita muda yang boleh bergerak ke sana ke mari dengan pantas kerana bidang ini memerlukan komitmen yang tinggi.
"Daripada menimbulkan masalah kemudian hari lebih baik kita elakkan," ujarnya.
Dalam pada itu, Normala menolak dakwaan beliau tidak mahu untuk muncul dalam dunia penyiaran kerana dihalang oleh suaminya, bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitariaitu, Datuk Seri Azmi Khalid.
"Suami tidak pernah menghalang cuma tidak begitu menggalakkan saya untuk terus tampil di televisyen. Bagaimanapun keputusan ini saya buat atas pilihan sendiri dengan panduan daripada suami," katanya.
Sementara itu, bercakap mengenai penglibatannya sebagai juri tetap program On Air, Normala memberitahu, Aznil Nawawi telah memintanya menjadi sebahagian daripada individu untuk terlibat dalam rancangan realiti itu selepas menjadi juri jemputan pada uji bakat sebelum ini.
Normala berkata, dia bersetuju untuk menyertai selepas mendapat keizinan daripada suaminya.
"Suami setuju saya terlibat kerana saya menjadi juri dan bukannya menghoskan program itu.
"Saya bagaimanapun teruja untuk berkongsi pengalaman bersama-sama peserta terpilih nanti, katanya.
Normala akan muncul dalam program Studio On Air pada setiap hari Ahad pukul 10 malam bermula 27 Mei ini di saluran Astro Ria.

macam-Macam politik

artikel nie sy cekidiot drp email rakan sekerja sy,....hahaha..rase mc menarik je..
apa lagi cedok aaaarrrr...hahahah 
 Untuk mengetahui siapa sebenar Ketua Pendokong Bersih, Ambiga Sreenevesan, sila lihat lampiran:

Ikhlas,
                                                        Bersih bin Ambiga

Note: segala tg disediakan adalah tidak berkaitan dgn mana2 pihak..hihihi..juz sharing too uols.... 

Rabu, 11 April 2012

FB ZZ dihack Olh Aaronators Crew..hhihihi

Adoii mcm2la la kisah diorang nie..Terbaeekkklaa...xpi saya sgt suka...hahaha
ambik kau ZZ hahahaa....


Lets cekediooottt..

Rita Rudiani


Rita terima SMS akan diceraikan


KUALA LUMPUR 10 April – Hari jadi ke-36 yang disambut esok akan menjadi kenangan paling ‘meruntun hati’ dalam hidup pelakon Rita Rudaini Mokhtar apabila dia menerima berita sahih bahawa suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak, 25, telah membuat permohonan untuk bercerai.


Menurut Rita, pemain bola sepak kebangsaan itu sendiri sudah memaklumkan kepadanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai permohonan perceraian itu.


Dalam SMS berkenaan Aidil antara lain menulis: “Saya sudah failkan benda itu (perceraian). Peguam saya akan maklumkan lebih lanjut kepada awak.”


Menurut Rita, dia tidak berasa kecewa atau bersedih dengan apa yang telah diputuskan suami memandangkan sudah lebih empat bulan Aidil ‘menghilangkan’ diri setelah keluar dari rumah mereka.


“Saya terima apa yang sudah tertulis. Kami bernikah di Thailand, mempunyai dua anak dan sekarang ini saya bakal bergelar ibu tunggal, semua ini takdir hidup saya.

AA dah mendapat taraf penduduk Tetap MalaYsia

Smekom,,
Dunia hiburan Malaysia dikecohkan dgn status ZZ dlm twitter yg mengatakan " lebih bagus klu rakyat Mallaysia yg menang Anugerah bintang popular yg ke-25 tu...w/pun x disebutkan nama n saper artis tue kiter semuall blh menjangka siapakah artis tue..entah ape2 je ZZ tue...poyo sgt tue..hahahaha..
Nah sekarang ambik kaw...AA sudah mendapat taraf kerakyatan Mal dah cuma tunggu document saje..ZZ tu dah la org kuat dlm seniman leh plak ckp camtu..aaadoooiiii...


Ok lah xnak ngempek pjg..lets cekedioooot la drp sumber yg blh menyahihkan berita gembira ini.
Credit ROTI KAYA

Berita baik untuk anda yang kami tahu risaukan situasi agak tegang selepas kenyataan Zed Zaidi di Twitter beliau semalam.


Bercakap kepada portal hiburan GUA semalam, Aaron Aziz berkata yang beliau sudah pun di’terima sebagai penduduk tetap Malaysia & kini menanti dokumen sah.


“Sebenarnya dah diluluskan cuma tunggu untuk diambil”, ujar Aaron Aziz ringkas apabila di’tanyakan status permohonan untuk menjadi penduduk tetap Malaysia.


Zed Zaidi menerusi akaun Twitter beliau menulis yang beliau akan merasa lebih bangga jika selebriti kelahiran Malaysia yang berjaya menggenggam anugerah Bintang Paling Popular ABPBH25 kelmarin.


Kenyataan Timbalan Presiden Seniman itu mengundang rasa kurang senang di kalangan para peminat Aaron Aziz dan pelakon kacak ini berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan kenyataan Zed Zaidi itu.

Isnin, 9 April 2012

ABPBH 2011

Smekom,, semalam telah berlangsung ABPBH 2011 kat Arena Genting...
Rasa2 anda ok ke....hihihi...sy ok je..layan je...
saje nak klip2 gmbr masa anugerah tue..
Ok lets cekediot...






SENARAI PEMENANG ABPBH 2011
Bintang Paling Popular – Aaron Aziz
Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz
Pelakon Filem Wanita Popular – Maya Karin
Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz
Penyanyi Wanita Popular – Yuna
Pelakon TV Lelaki Popular – Fizz Fairuz
Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular – Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
Artis Komedi Lelaki Popular – Johan Raja Lawak
Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias
Artis Baru Lelaki Popular – Johan Ariff As’ari
Artis Baru Wanita Popular – Tasha Shilla
Pengacara TV Lelaki Popular – Zizan
Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana









genG-Geng yg COMel

Follow WIth Me By Tweet..