1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku
sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR
Muslim.)
2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan
berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali
sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali
pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas
solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua
masalah.
6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya
Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah
untuk menerokai pelbagai ilmu.
7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari,
dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain
Tiada ulasan:
Catat Ulasan