(SUNNAH RASULULLAH
SEBELUM TIDUR)
1. Membaca doa sebelum dan
selepas tidur. Ramai orang memperlekehkan doa masnun (doa harian) tetapi Allah
menjanjikan syurga kepada orang yang mengamalkannya.
2. Jangan tidur dalam keadaan
kaki menghadap ke Qiblat. Keadaan yang demikian hanyalah untuk orang yang
meninggal dunia.
3. Barang siapa yang membaca
Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati pada ketika dia tidur maka ia dikira sebagai
mati syahid. Apa itu tasbih Fatimah?
Subahanallah 33 kali
Alhamdulillah 33 kali
Allahuakbar 33 kali
4. Membaca 4 Qul lalu meniupkan
pada tapak tangan dan menyapukan ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan
perbuatan jahat manusia
5. Niat untuk bangun menunaikan
solat Tahajud. Sekiranya tidak terjaga dari tidur, Allah S.W.T akan mengira
seolah-olah dia bertahajud sepanjang malam. Solat tahajud adalah pendinding
daripada sihir dan buatan orang
6. Mengambil wuduk sebelum tidur
dan menunaikan solat sunat taubat
7. Maafkan semua kesalahan orang
lain kepada kita dan menghalalkan segala hutang piutang orang lain kepada kita
8. Tidur dengan mengamalkan
posisi tidur Rasulullah iaitu mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di
bawah pipi.
PERINGATAN:
Pesan Rasulullah, jangan tidur
secara meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat
hujung kain supaya tidak timbul fitnah. Tidur tanpa menutup aurat dengan
sempurna akan menghindarkan malaikat, bahkan mengundang makhluk lain. :)
Unlike • • Share • 201 • 25 minutes ago •
•
• You
and 19 others like this.
• 1
share
As Salam..daaaaa.....
Tdo la Suzi OOOOOOiiiiiii...nak pagi dah ni...kakakaka....
As Salam..daaaaa.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan