Pendaftaran
pemohon baru, individu bujang boleh dibuat secara online
PUTRAJAYA:
Pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2), bagi permohon BR1M 2 baru dan
individu bujang boleh dibuat mulai 1 November ini.
Permohonan
boleh dibuat secara online melalui laman web Kementerian Kewangan ataupun terus
sahaja mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Lembaga Hasil Dalam
Negeri (LHDN), Pejabat Pembangunan Negeri dan juga pejabat daerah.
Menteri
Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, yakin pengagihan BR1M pada
kali ini dapat dilakukan dalam tempoh singkat berbanding BR1M diumumkan tahun
lalu yang mengambil masa lebih kurang tujuh bulan.
Dijangka
selesai cepat
“Kementerian Kewangan sudah mempunyai data
4.3 juta penerima BR1M yang layak pada tahun lalu, manakala pengesahan bagi
pendaftaran baru bermula 1 November ini dijangka dapat diselesaikan lebih cepat
memandangkan jumlah yang pasti tidak ramai seperti baru mendaftar pada tahun
sebelumnya.
“Pengagihan BR1M pertama mengambil lama
iaitu Januari hingga Julai kerana babitkan proses pengesahan bagi individu yang
benar-benar layak, dan tempoh pendaftaran yang baru juga menjadi punca
ianya terpaksa dilanjutkan.
“Bagaimanapun, jika pendaftaran untuk penerimaan
tahun hadapan dilakukan pada November dan Disember ini, termasuk bagi individu
bujang yang layak serta pemohon baru yang tidak pernah memohon atau tidak layak
sebelum ini, kita tidak perlu melanjutkan tempoh pengagihan BR1M.
“Mungkin ada juga yang mendaftar selepas
pembayaran BR1M 2.0 dilaksanakan awal tahun depan, tapi dijangkakan tidak
ramai,”
katanya pada sidang media di sini, semalam.
Lahir pada
1992
Menghurai
lanjut, Husni berkata syarat kelayakan bagi individu bujang berusia 21 tahun ke
atas adalah mesti lahir pada 1992 atau sebelum tahun tersebut sahaja, serta
berpendapatan RM2,000 dan ke bawah (selain penganggur).
Tambahnya
lagi, kementerian juga akan menyemak dengan agensi berkaitan termasuk Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi memastikan semua pemohon BR1M 2 memenuhi
kriteria ditetapkan.
“Namun,
pengalaman kita sebelum ini menunjukkan kes (penipuan) tidak banyak dan
majoriti rakyat patuh kepada syarat yang ditetapkan.
“Selain itu,
kita juga akan melakukan semakan bagi data penerima sedia ada untuk
mengeluarkan individu yang sudah meninggal dunia,” katanya.
Pelajar
terima Baucar Buku 1Malaysia RM250
Bagaimanapun
pelajar institusi pengajian tinggi tidak layak menerima BR1M 2, sebaliknya
mereka menerima Baucar Buku 1Malaysia juga bernilai sama RM250.
Ahmad Husni
berkata, Baucar Buku 1Malaysia bagi pelajar Tingkatan Enam dan institusi
pengajian tinggi (IPT) akan mula diagihkan pada
Januari tahun depan. – Info Terkini @ forblogger.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan