Di malam yang hening, merupakan malam pertama bagi sepasang suami
isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil. Malam yang
dinanti-nantikan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis
kenduri tengahari tadi. Alam bagaikan mengerti, hujan rintik-rintik dan sejuk
yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri
malam ini.
Suatu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka,
menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang
dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka. Sebelum ini , mereka
tidak pernah sedekat ini, jika adapun bertemu di hadapan keluarga
masing-masing, jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan. Tidak pernah mereka
berjalan beriringan, tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan, satu
masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin. Alam pernikahan yang
begitu asing bagi mereka.
Malam semakin larut, si suami membasahkan tubuhnya menyucikan diri.
“Aneh” bisik isterinya. Di malam-malam begini yang dingin mengapa perlu
membasahkan tubuh? Lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang
kosong agak lama sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan pintu bilik
itu. Alangkah terkejutnya, suaminya seakan mati, kaku dengan gerakan sujud dan
terdengar esakan kecil umpama merintih.
Dia tahu apa yang dilakukan oleh suaminya dan dia akur. Itulah cinta
suaminya yang sejati. Dia tidak perlu cemburu dengan cinta itu dan dia pernah
berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya, tidak akan sama dengan cinta
suaminya di bilik kosong itu. Dia menunggu, bertelekung di atas taburan bunga
mawar di atas katil empuk itu. Si suami keluar dan memandang tepat ke arah
isterinya, isterinya menunduk malu.
Isteri :
Mengapa awak pilih saya?
Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah).
Isteri : Ramai kan yang berniqab?
Suami : Kerana awak ada agama.
Isteri : Ramai kan yang ada agama?
Suami : Kerana awak adalah jodoh ketentuan dari Allah S.W.T.
Isteri kehabisan soalan, dia tahu jawapan itu tidak ada
persoalan lagi.
Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata,
saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah awak,
tetapi saya melihat di rumah awak, di hadapan ibu bapa awak. Ketika mereka
menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak dan ketika awak membuka niqab, saya
tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya
memiliki awak.
Isteri : Saya tidak cantik…
Suami : Lebih baik beristerikan perempuan yang berkulit
hitam, berbibir tebal tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah nikmat yang
paling cantik daripada memiliki isteri yang berkulit mulus, tetapi tiada agama
dalam dirinya. Tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah
kepada saya. Tetapi adakah perempuan sedar, mereka yang menampakkan kecantikan
yang haram didedahkan tetapi akhirnya mereka adalah bahan bakar di neraka
kelak. Wana’uzubillah.
Isteri : Saya juga
ingin cantik…
Suami : Sayang,
kecantikan awak takkan kekal. Awak akan dimakan usia. Tetapi mahukah awak kekal
cantik selamanya?
Isteri: Itu yang
saya mahukan…
Suami : Mahukah
awak menjadi secantik bidadari, malah lebih dari itu?
Isteri: Perempuan
di dunia ini sehabisnya menyolek diri mereka umpama bidadari tetapi adakah
mereka berjaya?
Suami : Ada
caranya, malah tidak perlu berhabis ribuan ringgit!
Isteri: Yakah?,
tunjukkan caranya!
Suami : Rasulullah
pernah bersabda, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang
zahir lebih baik daripada yang batin.”
Isteri : Saya
kurang faham, di mana alat-alat mekapnya?
Suami : Rasulullah
pernah bersabda, “Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan
Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk
syurga.” (HR. Al-Bazaar).
Isteri : Bagaimana
cantiknya saya di dalam syurga nanti?
Suami : Tolong
ambilkan Al-Quran atas meja tu dan Tafsir Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan
tu. Awak ada wudukkah?
Isteri : Ada.
Nanti sekejap.
Suami : Lihat
Surah Al-Waqiah, “Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung.”
(ayat 35 ), Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa wanita baik
mereka itu tua atau tidak mereka akan dibangkitkan dengan ciptaan yang baru.
Dalam keadaan mereka itu muda dan perawan. Ini dikuatkan lagi dengan ayat yang
berikutnya “Dan Kami jadikan mereka itu gadis perawan” (ayat 36).
Isteri : Saya
belum dapat bayangkan macam mana cantiknya saya nanti.
Suami : Dalam ayat
yang seterusnya Allah berfirman lagi “(Tentang wanita) penuh cinta (kepada
suami mereka) lagi sebaya umur” (ayat 37). Dalam Ayat ini, Allah menerangkan
mereka ini (wanita) terlalu asyik mereka hanya kepada suami mereka sahaja
manakala suami mereka juga asyik kepada mereka. Cinta mereka hanya kepada suami
mereka sahaja (Tafsiran Ibn Abbas).
Isteri : Sahih tu
bang, tapi saya nak bayangkan macam mana cantiknya saya dalam syurga nanti.
Suami: Baiklah,
tunggu sekejap saya ambil kitab hadith, lihat ini ada Riwayat dari Hadis
Tabhrani, sambungan dari yang zahir lebih baik dari yang batin yang saya
ceritakan tadi, ingatkah?
Isteri : Oh! ada,
saya ingat.
Suami : Maka
bertanya lagi Ummu Salamah: Dengan apa yang menyebabkan mereka lebih baik,
Baginda pun bersabda: dengan solat mereka, puasa mereka dan ibadat mereka
kerana Allah. Malah Allah memakaikan pada muka mereka cahaya, pada badan mereka
sutera, kulit mereka berwarna putih, pakaian mereka berwarna hijau, malah
mereka dipakaikan dengan perhiasan berwarna kuning (yakni emas) rantai mereka
daripada permata, sikat mereka daripada emas. Lalu mereka berkata: Kami kekal
(di dalam syurga) dan kami tidak akan mati lagi, kami memperolehi nikmat dan
kami tak akan bersedih lagi, kami akan kekal di dalam syurga dan kami tidak
akan berpindah, kami adalah orang yang redha dan kami tidak akan marah,
beruntunglah sesiapa yang kami (dijadikan) untuknya dan (dijadikan) dia untuk
kami. Lalu Ummu Salamah bertanya lagi: Wahai Rasullallah, ada di kalangan kami
yang berkahwin dengan dua orang lelaki, atau tiga orang lelaki atau empat orang
lelaki (bukan dikumpulkan sekali tetapi merupakan perkahwinan yang kedua
selepas kematian, cerai atau lainnya), kemudian perempuan itu mati dan dapat
masuk kedalam syurga begitu juga bekas-bekas suaminya juga masuk syurga, maka
siapa yang akan menjadi suaminya (di dalam Syurga)? Baginda menjawab: Dia akan
memilih yang terbaik di kalangan mereka dari segi akhlak. Nah! Hadith ini
dengan jelas menampakkan kelebihan orang wanita daripada bidadari.
Isteri :
Alhamdulillah, baru saya faham. Maksudnya jika saya berjaya menjadi wanita
solehah dengan ciri-ciri dari firman Allah dan hadith, maka saya akan masuk
syurga dan menjadi lebih cantik dari bidadari!
Suami : Wanita
yang merupakan ahli syurga juga mendapat nikmat yang tak ternilai banyaknya.
Dan nikmat yang diperolehi oleh wanita atau lelaki di dalam syurga adalah
sesuai dengan fitrah kejadian kejadian mereka. Cubalah kita renungi baik awak
atau pun saya, apakah yang amat dihajati oleh kita dan sekiranya kita diberi
peluang nescaya kita akan mendapatkannya? Pada pandangan saya, orang lelaki
lebih berhajat kepada wanita manakala wanita pula di samping berhajat kepada
suami, akan tetapi kecantikan dan kejelitaan lebih menjadi tumpuan pada mereka.
Bukankah semua ini terdapat di dalam syurga?
Isteri : Saya tahu
sedikit dari ilmu yang saya kutip, tetapi ada yang saya lupa, eloklah saya
mendengar sendiri dari suami saya!
Suami : Ya. Saya
juga muzakarah dengan awak, lagi satu, bidadari syurga yang bukan dari kalangan
isteri saya akan memarahi awak juga!
Isteri : Hah!
Bidadari marah saya? Kenapa? Macam mana awak tahu?
Suami : Buka kitab
hadis tadi, baca “Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika
tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata kepadanya:
Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar
lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (H.R. Ahmad dan
Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal r.a)
Isteri : Wah! Saya
amat takut jika awak meninggalkan saya di dunia lebih menyedihkan jika saya
tidak dapat berjumpa awak di syurga!
Suami : “Harta
yang utama adalah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa
bersyukur dan isteri beriman yang membantu suami dalam menegakkan bangunan
imannya.” (H.R. Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Isteri :
Alhamdulillah! Baru saya faham sejelasnya, terima kasih abang. Tetapi itukan
banyak persoalan tentang saya, bagaimana saya dalam keluarga yang taat kepada
perintah Allah, yang menghidupkan sunnah Rasulullah dan akan mendapat nikmat
syurga. Bagaimana dengan diri abang?
Suami : Oh itu
masa tidak mengizinkan, biarlah kita berbicara satu bab dengan teliti.
InsyaAllah esok malam kedua kita bicarakan soal itu ya.
Sumber: Artikel oleh : Ibnu Rahman via Syahirul
Tiada ulasan:
Catat Ulasan