“Ya Allah ya Tuhan kami, rahmat-Mu yang sentiasa aku harapkan, kerana itu janganlah Engkau serahkan urusanku kepada diriku sendiri meskipun sekelip mata, perbaikilah urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau” Amin.Assalamualaikum ,

Rabu, 31 Oktober 2012

Credit : Hamba Allah SWT Umat Rasulullah SAW


Iman Anda Sudah Loww !!! Jom ZIKIR jap...

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║██░░░░░Battery Low ░░░░░║║║
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

Charge Iman Anda

أستغفر الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║████░░░Battery Low ░░░░░║║║
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

سبحان الله


╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████Battery Low ░░░░░║║║
║║███████░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

لا إله إلا الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║█████████tery Low ░░░░░║║║
║║█████████░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الله أكبر

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████████░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████████y Low ░░░░░║║║
║║███████████░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

لا حول و لا قوة إلا بالله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██████████████░░░░░░╚╗╚╗
║║██████████████ ░░░░░░║║║
║║██████████████░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الحمد لله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████████████░░░╚╗╚╗
║║█████████████████░░░║║║
║║█████████████████░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝






اللهم صل على سيدنا محمد

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████████████████████╚╗╚╗
║║███████ Battery Full ██████║║║
║║████████████████████╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

YES..!! Sudah Full!!
Ahamdulillah, sedar  tak sedar saya telah b'zikir & b'selawat..

DAPAT PAHALA FREE...!!{]:)..khas buat sahabat2ku yg baik...

Selasa, 30 Oktober 2012

ni memang utk aku laa...kikikiki

Petua Untuk Wanita Mencari Jodoh

1. Hati mesti bersih. Jangan cepat atau mudah menyampah, ataupun cepat meluat atau benci dengan orang. Kikiskan sika-sikap negatif agar terpancar ketulusan dan keikhlasan hati anda.

2. Bersikap positif terhadap orang lain. Jangan mudah syak wasangka yang bukan-bukan.

3. Ikhtiar. Ini amat penting. Kalau boleh amalkan mandi bunga supaya terserlah keserian wajah.

4. Berdoa pada Allah s.w.t. Baca ayat 1000 dinar 3 kali dan surah Yusuf ayat ke 4 selepas setiap solat.

5. Jika bercakap dengan lelaki jangan kasar dan jangan lembut sangat. Orang lelaki paling tak suka kalau perempuan cakap kasar. Dalam hati mereka akan berkata: “Muka aje lawa, tetapi mulut … mak ooi! Tak boleh bawak ke majlis …”

6. Mempunyai perasaan sayang dan perihatin terhadap orang lain. Jangan bersikap jaga kepentingan diri sendiri sahaja..

Rabu, 24 Oktober 2012

DiaLog Malam PERTama

Di malam yang hening, merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil. Malam yang dinanti-nantikan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi. Alam bagaikan mengerti, hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.
Suatu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka, menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka. Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini, jika adapun bertemu di hadapan keluarga masing-masing, jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan. Tidak pernah mereka berjalan beriringan, tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan, satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin. Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka.
Malam semakin larut, si suami membasahkan tubuhnya menyucikan diri. “Aneh” bisik isterinya. Di malam-malam begini yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh? Lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang kosong agak lama sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan pintu bilik itu. Alangkah terkejutnya, suaminya seakan mati, kaku dengan gerakan sujud dan terdengar esakan kecil umpama merintih.
Dia tahu apa yang dilakukan oleh suaminya dan dia akur. Itulah cinta suaminya yang sejati. Dia tidak perlu cemburu dengan cinta itu dan dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya, tidak akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu. Dia menunggu, bertelekung di atas taburan bunga mawar di atas katil empuk itu. Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya, isterinya menunduk malu.
Isteri : Mengapa awak pilih saya?
Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah).
Isteri : Ramai kan yang berniqab?
Suami : Kerana awak ada agama.
Isteri : Ramai kan yang ada agama?
Suami : Kerana awak adalah jodoh ketentuan dari Allah S.W.T.
Isteri kehabisan soalan, dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.
Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah awak, tetapi saya melihat di rumah awak, di hadapan ibu bapa awak. Ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak dan ketika awak membuka niqab, saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak.
Isteri : Saya tidak cantik…
Suami : Lebih baik beristerikan perempuan yang berkulit hitam, berbibir tebal tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik daripada memiliki isteri yang berkulit mulus, tetapi tiada agama dalam dirinya. Tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah kepada saya. Tetapi adakah perempuan sedar, mereka yang menampakkan kecantikan yang haram didedahkan tetapi akhirnya mereka adalah bahan bakar di neraka kelak. Wana’uzubillah.
Isteri : Saya juga ingin cantik…
Suami : Sayang, kecantikan awak takkan kekal. Awak akan dimakan usia. Tetapi mahukah awak kekal cantik selamanya?
Isteri: Itu yang saya mahukan…
Suami : Mahukah awak menjadi secantik bidadari, malah lebih dari itu?
Isteri: Perempuan di dunia ini sehabisnya menyolek diri mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?
Suami : Ada caranya, malah tidak perlu berhabis ribuan ringgit!
Isteri: Yakah?, tunjukkan caranya!
Suami : Rasulullah pernah bersabda, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Isteri : Saya kurang faham, di mana alat-alat mekapnya?
Suami : Rasulullah pernah bersabda, “Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar).
Isteri : Bagaimana cantiknya saya di dalam syurga nanti?
Suami : Tolong ambilkan Al-Quran atas meja tu dan Tafsir Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan tu. Awak ada wudukkah?
Isteri : Ada. Nanti sekejap.
Suami : Lihat Surah Al-Waqiah, “Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung.” (ayat 35 ), Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa wanita baik mereka itu tua atau tidak mereka akan dibangkitkan dengan ciptaan yang baru. Dalam keadaan mereka itu muda dan perawan. Ini dikuatkan lagi dengan ayat yang berikutnya “Dan Kami jadikan mereka itu gadis perawan” (ayat 36).
Isteri : Saya belum dapat bayangkan macam mana cantiknya saya nanti.
Suami : Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman lagi “(Tentang wanita) penuh cinta (kepada suami mereka) lagi sebaya umur” (ayat 37). Dalam Ayat ini, Allah menerangkan mereka ini (wanita) terlalu asyik mereka hanya kepada suami mereka sahaja manakala suami mereka juga asyik kepada mereka. Cinta mereka hanya kepada suami mereka sahaja (Tafsiran Ibn Abbas).
Isteri : Sahih tu bang, tapi saya nak bayangkan macam mana cantiknya saya dalam syurga nanti.
Suami: Baiklah, tunggu sekejap saya ambil kitab hadith, lihat ini ada Riwayat dari Hadis Tabhrani, sambungan dari yang zahir lebih baik dari yang batin yang saya ceritakan tadi, ingatkah?
Isteri : Oh! ada, saya ingat.
Suami : Maka bertanya lagi Ummu Salamah: Dengan apa yang menyebabkan mereka lebih baik, Baginda pun bersabda: dengan solat mereka, puasa mereka dan ibadat mereka kerana Allah. Malah Allah memakaikan pada muka mereka cahaya, pada badan mereka sutera, kulit mereka berwarna putih, pakaian mereka berwarna hijau, malah mereka dipakaikan dengan perhiasan berwarna kuning (yakni emas) rantai mereka daripada permata, sikat mereka daripada emas. Lalu mereka berkata: Kami kekal (di dalam syurga) dan kami tidak akan mati lagi, kami memperolehi nikmat dan kami tak akan bersedih lagi, kami akan kekal di dalam syurga dan kami tidak akan berpindah, kami adalah orang yang redha dan kami tidak akan marah, beruntunglah sesiapa yang kami (dijadikan) untuknya dan (dijadikan) dia untuk kami. Lalu Ummu Salamah bertanya lagi: Wahai Rasullallah, ada di kalangan kami yang berkahwin dengan dua orang lelaki, atau tiga orang lelaki atau empat orang lelaki (bukan dikumpulkan sekali tetapi merupakan perkahwinan yang kedua selepas kematian, cerai atau lainnya), kemudian perempuan itu mati dan dapat masuk kedalam syurga begitu juga bekas-bekas suaminya juga masuk syurga, maka siapa yang akan menjadi suaminya (di dalam Syurga)? Baginda menjawab: Dia akan memilih yang terbaik di kalangan mereka dari segi akhlak. Nah! Hadith ini dengan jelas menampakkan kelebihan orang wanita daripada bidadari.
Isteri : Alhamdulillah, baru saya faham. Maksudnya jika saya berjaya menjadi wanita solehah dengan ciri-ciri dari firman Allah dan hadith, maka saya akan masuk syurga dan menjadi lebih cantik dari bidadari!
Suami : Wanita yang merupakan ahli syurga juga mendapat nikmat yang tak ternilai banyaknya. Dan nikmat yang diperolehi oleh wanita atau lelaki di dalam syurga adalah sesuai dengan fitrah kejadian kejadian mereka. Cubalah kita renungi baik awak atau pun saya, apakah yang amat dihajati oleh kita dan sekiranya kita diberi peluang nescaya kita akan mendapatkannya? Pada pandangan saya, orang lelaki lebih berhajat kepada wanita manakala wanita pula di samping berhajat kepada suami, akan tetapi kecantikan dan kejelitaan lebih menjadi tumpuan pada mereka. Bukankah semua ini terdapat di dalam syurga?
Isteri : Saya tahu sedikit dari ilmu yang saya kutip, tetapi ada yang saya lupa, eloklah saya mendengar sendiri dari suami saya!
Suami : Ya. Saya juga muzakarah dengan awak, lagi satu, bidadari syurga yang bukan dari kalangan isteri saya akan memarahi awak juga!
Isteri : Hah! Bidadari marah saya? Kenapa? Macam mana awak tahu?
Suami : Buka kitab hadis tadi, baca “Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata kepadanya: Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (H.R. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal r.a)
Isteri : Wah! Saya amat takut jika awak meninggalkan saya di dunia lebih menyedihkan jika saya tidak dapat berjumpa awak di syurga!
Suami : “Harta yang utama adalah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan isteri beriman yang membantu suami dalam menegakkan bangunan imannya.” (H.R. Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Isteri : Alhamdulillah! Baru saya faham sejelasnya, terima kasih abang. Tetapi itukan banyak persoalan tentang saya, bagaimana saya dalam keluarga yang taat kepada perintah Allah, yang menghidupkan sunnah Rasulullah dan akan mendapat nikmat syurga. Bagaimana dengan diri abang?
Suami : Oh itu masa tidak mengizinkan, biarlah kita berbicara satu bab dengan teliti. InsyaAllah esok malam kedua kita bicarakan soal itu ya.
Sumber: Artikel oleh : Ibnu Rahman via Syahirul

Zulhijjah & IdilAdha : Beberapa Isu & Hukum

Zulhijjah & IdilAdha : Beberapa Isu & Hukum










aS SAlam<<<<<<<daaaaa....

Ahad, 21 Oktober 2012

ORANG PERTAMA


1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2..Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3..Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.
.
5…Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6….Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. ..Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11. ..Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13. ..Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14… Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA

16. …Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18…. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20…. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

22… Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

24. ….Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

25… Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27… Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29…Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus’ab bin Umair RA

30. … Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW

Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku… baca dan hayatilah.. sebarkanlah… semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah....

CREDIT~~~Jadikan Dia Jodohku Yang Terbaik

Khamis, 18 Oktober 2012

Alhamdulillah Terima Kasih Ya Allah.


Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan.

Ada 3 Hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam.

Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran.

Ada 3 Hal yang paling berharga :
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan.

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi.

Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras.

Ada 3 Hal yang membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus.

Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh.

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI, iaitu :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.



As salam...daaaaaaa....

Selasa, 16 Oktober 2012

AturanMu sungguh Indah Utk Setiap HamBaMu


‎(SUNNAH RASULULLAH SEBELUM TIDUR)

1. Membaca doa sebelum dan selepas tidur. Ramai orang memperlekehkan doa masnun (doa harian) tetapi Allah menjanjikan syurga kepada orang yang mengamalkannya.

2. Jangan tidur dalam keadaan kaki menghadap ke Qiblat. Keadaan yang demikian hanyalah untuk orang yang meninggal dunia.

3. Barang siapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati pada ketika dia tidur maka ia dikira sebagai mati syahid. Apa itu tasbih Fatimah?
Subahanallah 33 kali
Alhamdulillah 33 kali
Allahuakbar 33 kali

4. Membaca 4 Qul lalu meniupkan pada tapak tangan dan menyapukan ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan perbuatan jahat manusia

5. Niat untuk bangun menunaikan solat Tahajud. Sekiranya tidak terjaga dari tidur, Allah S.W.T akan mengira seolah-olah dia bertahajud sepanjang malam. Solat tahajud adalah pendinding daripada sihir dan buatan orang

6. Mengambil wuduk sebelum tidur dan menunaikan solat sunat taubat

7. Maafkan semua kesalahan orang lain kepada kita dan menghalalkan segala hutang piutang orang lain kepada kita

8. Tidur dengan mengamalkan posisi tidur Rasulullah iaitu mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

PERINGATAN:

Pesan Rasulullah, jangan tidur secara meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak timbul fitnah. Tidur tanpa menutup aurat dengan sempurna akan menghindarkan malaikat, bahkan mengundang makhluk lain. :)
Unlike •  • Share • 201 • 25 minutes ago •
•       
•        You and 19 others like this.
•        1 share

Tdo la Suzi OOOOOOiiiiiii...nak pagi dah ni...kakakaka....

As Salam..daaaaa.....


Jumaat, 12 Oktober 2012

Credit tO-------->>>>>>> iluvislam.com



Lifestyle of Prophet Muhammad pbuh

Talk softly,
Walk humbly,
Eat sensibly,
Breathe deeply,
Sleep sufficiently,
Dress properly,
Intract politely,
Act fearlessly,
Work patiently,
Think truthfully,
Believe correctly,
Behave decently,
Learn practically,
Plan orderly,
Earn honestly,
Spend intelligently,
Sacrifice regularly,
Worship dedicatedly,
Serve parents happily,
Respect neighbours appropriately ...

How can such a man be insulted?

May peace be upon him. Aameen
Like ·  · Share · 417834 · 19 minutes ago ·

Rabu, 10 Oktober 2012

JUDIKA - AKU YANG TERSAKITI



hhahaahhh..lagu tema minggu ini utk cik suzilaily...let 's cekidiot...



Judika “ aku yang tersakiti”

pernahkah kau merasa jarak antara kita
kini semakin terasa setelah kau kenal dia
aku tiada percaya teganya kau putuskan
indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
kau pergi tinggalkanku


tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia


memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
aku pergi untuk dia


tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
aku pun ingin bahagia walau tak bersama  dia
(walau tak bersama dia)


oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia



As salamm..daaaaa...



hi..uols....nak tau time nie GM sy dah kuar so blh la...mengambil kesempatanyg ader utk updated blog  ni..hahaha...mengarut je...biasela..petnag2 yg indah ini.....masih lg kena balik 6.15ptg...xpi xper  starting esk,GM 2 ari outstation..hahaha,,...pastinya 6.15pm xkan rasa lambat..hahahah,.....
Arious suzi..kakakaka...
apa nak share ye..ok lah...kiter credit2 la apa yg mcm best kat FB tu...yg rasa blh aku pakai tika jiwa rasa kacau..hahaha...@pun jiwa drasuk ke...hahaha...
Waallah la suzi..ngempek ape je...
so lets cekidiot what are I want to share with uols for this evening...
Photo je tau..x suka tulis2 ..hahaha



amacam...best x..tatapan saya ni..arap2 ini sentiasa berguna utk saya...doakan saya ye..Insyaallah..

As salam..daaaaa....

Liked · September 14 

Bagus diamalkan untuk :

1) Hati yang tertutup untuk melakukan amal soleh & amal jariah...
2) Hati yang tertutup untuk menerima nasihat...
3) Pintu rezeki yang dirasakan seperti tertutup...
4) Minda @ akal yang dirasakan seperti tertutup...
5) Hati yang tertutup utk berkahwin...


Selasa, 9 Oktober 2012

Daftar BR1M 2 pada November ini

Pendaftaran pemohon baru, individu bujang boleh dibuat secara online
PUTRAJAYA: Pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2), bagi permohon BR1M 2 baru dan individu bujang boleh dibuat mulai 1 November ini.
Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web Kementerian Kewangan ataupun terus sahaja mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pejabat Pembangunan Negeri dan juga pejabat daerah.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, yakin pengagihan BR1M pada kali ini dapat dilakukan dalam tempoh singkat berbanding BR1M diumumkan tahun lalu yang mengambil masa lebih kurang tujuh bulan.
Dijangka selesai cepat

“Kementerian Kewangan sudah mempunyai data 4.3 juta penerima BR1M yang layak pada tahun lalu, manakala pengesahan bagi pendaftaran baru bermula 1 November ini dijangka dapat diselesaikan lebih cepat memandangkan jumlah yang pasti tidak ramai seperti baru mendaftar pada tahun sebelumnya.
“Pengagihan BR1M pertama mengambil lama iaitu Januari hingga Julai kerana babitkan proses pengesahan bagi individu yang benar-benar layak, dan tempoh pendaftaran yang baru juga menjadi punca ianya  terpaksa dilanjutkan.
“Bagaimanapun, jika pendaftaran untuk penerimaan tahun hadapan dilakukan pada November dan Disember ini, termasuk bagi individu bujang yang layak serta pemohon baru yang tidak pernah memohon atau tidak layak sebelum ini, kita tidak perlu melanjutkan tempoh pengagihan BR1M.
“Mungkin ada juga yang mendaftar selepas pembayaran BR1M 2.0 dilaksanakan awal tahun depan, tapi dijangkakan tidak ramai,”

katanya pada sidang media di sini, semalam.

Lahir pada 1992

Menghurai lanjut, Husni berkata syarat kelayakan bagi individu bujang berusia 21 tahun ke atas adalah mesti lahir pada 1992 atau sebelum tahun tersebut sahaja, serta berpendapatan RM2,000 dan ke bawah (selain penganggur).

Tambahnya lagi, kementerian juga akan menyemak dengan agensi berkaitan termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi memastikan semua pemohon BR1M 2 memenuhi kriteria ditetapkan.

“Namun, pengalaman kita sebelum ini menunjukkan kes (penipuan) tidak banyak dan majoriti rakyat patuh kepada syarat yang ditetapkan.
“Selain itu, kita juga akan melakukan semakan bagi data penerima sedia ada untuk mengeluarkan individu yang sudah meninggal dunia,” katanya.
Pelajar terima Baucar Buku 1Malaysia RM250
Bagaimanapun pelajar institusi pengajian tinggi tidak layak menerima BR1M 2, sebaliknya mereka menerima Baucar Buku 1Malaysia juga bernilai sama RM250.
Ahmad Husni berkata, Baucar Buku 1Malaysia bagi pelajar Tingkatan Enam dan institusi pengajian tinggi (IPT) akan mula diagihkan pada  Januari tahun depan. – Info Terkini @ forblogger.net


kisah SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Buat renungan kita semua,
SUARA YANG DIDENGAR MAYAT                                                 
                                                                           
Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal iaitu;                               
1. Keluarga                                                               
2. Hartanya                                                               
                                                         3. Amalnya                                                                 
                                                                          
Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;              
                                       1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali                                      
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.                             
                                                                          
Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ... Terdengarlah Suara Dari Langit     
Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..                                     
•     -  Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan   
         Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu                                     
•    - Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta
Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu                            
•   - Apakah Kau Yang Telah Menumpuk      
Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu                                    
•   - Apakah Kau Yang Telah Mengubur      
Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.'      

                           
                                                                          
Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ..Terdengar Dari Langit Suara   
Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan...                                    
•  - Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat,    
                                         Mengapa Kini Terkulai Lemah                                                
•  - Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih,  
      Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara                                         
•  - Mana Telingamu Yang Dahulunya        
           Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa                           
• - Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya
      Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara'                                    
                                                                          
Ketika Mayat Siap Dikafan ...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,'Wahai   
Fulan Anak Si Fulan                                                        
•   - Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat  
      Dengan Ridha                                                              
• - Celakalah Apabila Kau Bersahabat     
      Dengan Murka Allah                                                        
•  - Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah  
      Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal                                           
•  - Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan    
     Tidak Akan Kembali Selamanya                                              
•  - Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah    
Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.'                                             
                                                                          
Ketika Mayat Diusung. .... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai     
Fulan Anak Si Fulan..                                                     
•   - Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah 
      Kebajikan                                                                 
•  - Berbahagialah Apabila Matimu Diawali
                                                                Taubat                                                                     
•   - Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh 
     Dengan Taat.'                                                             
                                                                           
Ketika Mayat Siap Disholatkan .....Terdengar Dari Langit Suara Memekik,    
'Wahai Fulan Anak Si Fulan..                                              
•  - Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan   
      Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat                                       
•  - Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya
     Baik                                                                      
•  - Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya   
    Buruk.'                                                                   
                                                                          
Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang Lahat .... terdengar Suara Memekik Dari  
Langit,'Wahai Fulan Anak Si Fulan...                                      
•   Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari       
    Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
                                                                           
  Wahai Fulan Anak Si Fulan...                                              
•   - Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam       
         Perutku Kau Menangis                                                      
•    -  Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam    
Perutku Kau Berduka                                                        
•   - Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam
       Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.'                                       
                                                                          
Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... .. Allah Berkata        
Kepadanya, 'Wahai Hamba-Ku.... .                                          
•   Kini Kau Tinggal Seorang Diri          
•   Tiada Teman Dan Tiada Kerabat          
•   Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan     
      Gelap..                                                                   
•    Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang
     Diri                                                                      
•    Padahal, Karena Mereka Kau Pernah     
       Langgar Perintahku                                                        
•     Hari Ini,....                          
•    Akan Kutunjukan Kepadamu              
•     Kasih Sayang-Ku                       
•     Yang Akan Takjub Seisi Alam           
•      Aku Akan Menyayangimu                  
•       Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu   
         Pada Anaknya'.                                                             
                                                                          
Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman , 'Wahai Jiwa Yang Tenang    
•       Kembalilah Kepada Tuhanmu             
                              •       Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya                                                                       
•      Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah          
                                                        Hamba-Hamba- Ku                                                            
•       Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku'       
                                                                          
Anda Ingin Beramal Soleh ?                                                 
Tolong kirimkan Kepada Rakan-Rakan Muslim Lainnya Yang Anda Kenal...!!!   
Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam      
menjalani hidup ini.                                                      
Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut)  
dan dalam sebuah hadithnya yang lain, beliau bersabda 'wakafa bi almauti  
wa'idha', ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!       
Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....                              
                                                                          
Alhamdulillah, Anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan 
membaca email ini.                                                         
Aktifitas keseharian kita selalu mencuri konsentrasi kita. kita seolah    
lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tau bila kedatangannya. Sesuatu  
yang bagi sebahagian orang sangat menakutkan.                       

Credit : Kak Mariah (Teck See Shah Alam)      



genG-Geng yg COMel

Follow WIth Me By Tweet..