“Ya Allah ya Tuhan kami, rahmat-Mu yang sentiasa aku harapkan, kerana itu janganlah Engkau serahkan urusanku kepada diriku sendiri meskipun sekelip mata, perbaikilah urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau” Amin.Assalamualaikum ,

Khamis, 4 Ogos 2011

wanita Solehah

Wanita Solehah
"Wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan, mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hati melalui istighfar, dan mendidik diri melalui solat yang khusyu'. Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah..."
Impian saya adalah wanita solehah. Menjemputnya agar menjadi bidadari. Bidadari bila tiba waktu akan saya temui. Ya Allah, izinkan aku menjemput bidadari untuk menuju-Mu mengisi hari.
  •     Bidadari yang menyentuh hati, teguhkan nurani.
  •  Bidadari yang menyapa jiwa, yang memberikan makna.
  •  Bidadari yang menemani resah.
  •  Bidadari yang menenangkan jiwa.
  •    Bidadari jadilah sang setia.
Kerana cinta yang suci tidak akan pernah sepi dengan keindahan rasa cinta, bidadari yang memberi harapan  saat jatuh agar bangun semula. Sekali rebah sejuta kali dirimu bangunkan, dan memberikan saki baki cintanya  sebagai penawar di dunia. Menanti cinta yang kekal abadi hanya di Syurga.
Wanita solehah sebagai penentu bicara kerana wanita solehah lebih berharga dari segala-galanya. Wanita    solehah semestinya bukan sembarangan insan yang mampu mencintainya. Bukan sebarangan insan dapat dicintainya.
Insan yang paling wajar untuk mencintai wanita solehah juga semestinya lelaki soleh. Soleh dan solehah satu     gabungan yang baik. Semestinya tidak enak jika wanita solehah dikotori apabila disentuh dengan tangan-tangan lelaki yang ingkar.
Seperti mencari kemanisan Iman, amal ibadah yang sering dikerjakan siang dan malam tidak akan pernah  merasa kemanisannya jika amalan yang baik dihadirkan juga dengan perkara mungkar.
Bagaikan minuman air oren yang dicampur dengan serbuk kopi, pasti kemanisan yang diimpikan dari khasiatnya oren tidak akan dapat. Cuma rasa campuran rasa yang tidak bernama. Rasa oren pun tidak, rasa kopi pun     tidak. Islam itu sempurna, jangan pula dicampuri dengan perkara yang menjada.Wanita solehah dan lelaki yang soleh semestinya gandingan yang baik. Digandingkan di dunia dan bergandingan menuju akhirat. Manis dan indah bukan, begitulah tingginya hasrat di hati.Rasailah keindahan bercinta yang sejati tanpa sangsi dan curiga kerana wanita soleh kelak di Syurga akan    menjadi bidadari, bahkan lebih cantik dari bidadari.Jadi moga terbina jalinan cinta hingga ke akhirat, bercinta hingga ke Syurga.

Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi Muhammad S.A.W, katanya di dalam sebuah hadis yang panjang: Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?" Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin". Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?" Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan  mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning... (hingga akhir hadis)" [Riwayat al-Tabrani] 
      




Tiada ulasan:

genG-Geng yg COMel

Follow WIth Me By Tweet..