Uols seme sehat ke? Moga2 sehat saje ye..Alhamdulillah….
Salam Mauludirasul ye….Semoga hari ini lebih baik dr
sebelumnya… apakah yg ingin dikatakan olehku pd hari ini ye…WOW..agak impressive
jgk kisahnye..mb utk aku terasa sgt2 harus utk tau…kikikiki..utk saya je
tau..org lain kawe dok tau…hahahaha…
Apa pun moh la kita sama2 duk bertakafur sambil menikmati
hidup yg begitu indah ini…ceeeee…….hahahaha…
Layan ye…ari ni sy nak bc pasal benda ni….benda yg kat bwh
ni…..
PLEASE SCROLL YOUR MOUSE ~~~~~~~~
I
I
I
I
I
I
V
V
V
V
V
JJ::::J::::::::JJ
Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W
BIODATA RASULULLAH S.A.W:
1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin
Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M
(dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah
yangmenyerang kota Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu
Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih
dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W:
USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan
oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.
USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal
dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa
Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12
tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas
urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani
bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan
tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada
masa itu.
USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam
kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia
Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa
hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai
untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan
barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan
Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa
saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500
dirham.
USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding
Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar
dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan
‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung
perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi
Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh
Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September
622M.
USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada
hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu
Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim
yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah
memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah,
tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.
Salam Maulidur Rasul &
Perbanyakkan Selawat ke atas Rasulullah SAW... :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan