“Ya Allah ya Tuhan kami, rahmat-Mu yang sentiasa aku harapkan, kerana itu janganlah Engkau serahkan urusanku kepada diriku sendiri meskipun sekelip mata, perbaikilah urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau” Amin.Assalamualaikum ,

Sabtu, 7 Julai 2012

Perkara Asas Dalam Penukaran Minyak Enjin


Saturday morning ari ni kiter akan membicarakan pasal camner nak jaga enjin kreta kiter yea semua.
Mcm saya, saya tau naik je..kakakaka..service serahkan pada yg pakar.

1- MINYAK HITAM / ENGINE OIL
        Terdapat pelbagai jenis minyak hitam dipasaran yang boleh kita dapati dengan pelbagai range harga dan juga jenis atau grade minyak . Saya menyarankan apabila hendak membeli minyak hitam hendaklah dipastikan kesesuaiannya dengan enjin kita. Kebiasaannya, pengeluar kereta telah meletakkan label pelekat pada kereta atau dalam buku manual kereta mengenai minyak jenis apa atau grade apa yang sesuai seperti 10w-40, 15w-30 dan sebagainya. Semasa membeli hendaklah dipastikan ketulenannya agar anda tidak terbeli minyak tiruan yang mana akan mengakibatkan kerosakan pada enjin. Sebaik-baiknya belilah di stokis2 berdaftar yang menjual minyak tersebut atau rujuk terus kepada pusat servis yang bertauliah.

2- PENAPIS MINYAK/ OIL FILTER
Penapis minyak hendaklah ditukar pada setiap 5000km bagi mengekalkan kecekapan penapis tersebut. Jika tidak ditukar, kotoran akan mudah melekatkan bahagian dalaman enjin seterusnya menyebabkan enjin terasa berat. Penapis juga perlu dipastikan ketulenannya bagi mengelakkan kesan sampingan yang buruk.
3- PENAPIS ANGIN/ AIR FILTER
 Penapis angin berfungsi sebagai system tapisan udara pada kereta seterusnya disedut masuk melalui throttle body untuk melengkapkan pembakaran dalam enjin. Penapis udara hendaklah ditukar sebaiknya setiap 10,000km dan dicuci/diservis setiap 5000km bagi melancarkan pergerakkan angin semasa proses pembakaran. Ketulenannya juga perlu dititik beratkan.
4-CECAIR PENYEJUK RADIATOR/ RADIATOR COOLANT
 Paras air dalam radiator hendaklah diperhatikan secara berkala dan pastikan ianya tidak kurang daripada takat yang sepatutnya, bagi mencegah enjin menjadi terlalu panas atau overheat. Ini akan menyebabkan head bengkok dan kos pembaikkannya amat mahal. Tambahkan air atau coolant pada radiator atau tangki simpanan radiator/ reservoir tank. Gunakan coolant yang asli yang disaran oleh pengeluar kereta.
5- CECAIR BREK / BRAKE FLUID
Cecair brek sangat penting dalam system brek kereta, maka ia perlu diambil serius oleh pengguna kereta bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Paras cecair brek perlu diperhatikan agar ia pada takat maximum, jika kurang tambahkan minyak brek yang disaran oleh pengeluar seperti DOT3 atau DOT 4. Pelbagai jenis jenama boleh didapati di pasaran, pastikan yang original dan diyakini.
6- OVERALL CHECKUP
-Pastikan kesemua kompenen kereta dalam keaadaan baik, seperti keadaan tayar,engine mounting,belting,system pendawaian,balancing dan alignment tayar. Saya menyarankan anda supaya menghantar kereta untuk diservis pada pusat2 servis yang bertauliah bagi memastikkan kenderaan berada pada tahap terbaik.
itu saje yg nak sharekan..ini sy celup dlm laman sesawang ini..
for more info & lebih cantik sila la go to this laman sesawang ni..kakakaka
wassalam.....

Tiada ulasan:

genG-Geng yg COMel

Follow WIth Me By Tweet..