Credit~~~~
http://mirlme.com/10-surah-mujarab-sebagai-penerang-hati-dari-nabi-muhammad-s-a-w/
10 Surah Mujarab Sebagai Penerang Hati Dari Nabi Muhammad
S.A.W. yang disuruh kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita… Jom
amalkannya! Dipersilakan untuk SHARE. Semoga ianya dapat menjadi peringatan dan
saling berpesan-pesanan antara kita semua.
maaf ye tukang ambik gambo...kikikikikiki.... |
1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti
dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.
Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan.
Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata,
perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.
Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak
17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap
sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung
Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah
pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat
At-Tarmizi dari Anas r.a.)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di
dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan
pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari
kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap
keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan.
Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya
Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu
Hibban).
Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita
dari kehausan di hari KIAMAT.
3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari
huru hara di Padang Mahsyar.
4. SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang
mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak
akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan
beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali
setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang
banyak.
Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah
Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak
7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan
diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah
: “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa.
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang
tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
5. SURAH AL-KAUSAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000
kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan
pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia
tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya
seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh
dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat
At-Tarmizi).
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman
serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk
mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan
membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan
membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya.
Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari
azab kubur.
8. SURAH
AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan
baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :
“Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu
Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam
Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah
tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang
membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an
keseluruhannya.”
Dari Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Saidina Ali
r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan
rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya
sampai ia kembali.
Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan
Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya
dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan
duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan
kubur dan kengerian hari kiamat.”
9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada
setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah
Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian
disapukan keseluruh tubuh dan kepala.
Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau
manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali
selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.
Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia,
takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah
Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an.
Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini
yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi
surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah
dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.
Surah An-Nas ini
juga adalah penerang hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan