1- Untuk menguji
Obama. Semua maklum Obama baru sahaja memenangi Pilihanraya Presiden
yang lepas. Semasa kempen Pilihanraya, majoriti Yahudi di USA menyokong calon
Presiden dari Republikan, Mitt Romney. Namun rakyat Amerika tetap memberi
mandat kepada Obama sebagai Presiden. Untuk pengetahuan sahabat2 sekalian,
walaupun jumlah Yahudi kecil sahaja di USA, namun mereka memonopoli
pentadbiran, media massa serta ekonomi di Amerika. Sebarang dasar luar Amerika
terutama isu Israel dan Palestine, Yahudi Amerikalah yang mencoraknya. Mereka
inilah golongan Neo Conservative Jews. Apa ulasan Obama berkaitan isu yang
berlaku di Gaza? Obama menyokong tindakan itu dan menyifatkan ia sebagai
serangan mempertahankan diri dari Israel! Damn!
2- Pilihanraya
Israel akan berlangsung Januari 2013. Benjamin Netanyahu mahu
mengekalkan kuasanya sebagai Perdana Menteri Negara Haram Israel. Melalui
pembunuhan Jeneral Al-Qassam, As-Syahid Al-Jabari dan serangan berterusan ke
Gaza, ia akan menjadi bahan kempen paling ampuh buat Netanyahu. Ia akan
diulang2 kepada warga Yahudi sokonglah beliau untuk jayakan Negara Raya Israel.
3- Yahudi mahu
melihat reaksi Presiden Mesir yang baru, Dr Morsi. Semua sedia maklum,
Presiden Morsi menyatakan komitmennya bersama rakyat Palestine untuk membebaskan
bumi anbiya berkenaan. Pemimpin hasil tarbiyyah Ikhwan Muslimin Mesir ini tidak
bertindak lama dengan menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Gaza,
menghantar Perdana Menterinya bertemu Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestine
sebagai tanda sokongan Mesir kepada mereka. Dalam lawatan ini, Dr. Hisham telah
dibawa melawat mangsa kecederaan di Hospital As-Shifa'. Semasa di sana, beliau
menyampaikan sedikit ucapan, "Rakyat Palestin sentiasa menyumbangkan
syahid-syahid mereka untuk Palestin yang merdeka tidak lama lagi. Kami
diutuskan oleh Dr Muhammad Mursi bukan sahaja untuk hubungan politik, tetapi
kewajipan kemanusiaan. Hanya satu sahaja jalan penyelesaian iaitu membebaskan
tanah air Palestin dan menjadikan Al-Quds sebagai ibu negara. Palestin bukan
isu peribadi atau isu setempat, ia adalah isu Arab juga isu umat Islam
semuanya."
4- Lalu apa reaksi
kita di Malaysia? Alhamdulillah, protes aman telah berlangsung seusai
solat Jumaat tadi. Walau ia usaha kecil, namun ada juga berbuat sesuatu untuk
saudara semuslim kita di Gaza. Teruskan berdoa, berdoa dan berdoa. Sebarkan isu
di Gaza di wall facebook kalian. Biar sahabat2 kita yang lain maklum juga akan
isu ini. Juga berdoa juga untuk sahabat2 kita di Syria yang disembelih rejim
Basyar, di Rohingya dan di seluruh pelusuk dunia.
5- Medium rasmi
Tentera Israel di facebook telah diserang secara berterusan oleh Rakyat
Malaysia semalam. Ramai melahirkan rasa sedih, marah, geram dan segala
macam di Page Israel Defense Forces. Kalian boleh ke page berkenaan, lihat
sendiri dakyah mereka atas isu yang berlaku.
#PrayForGaza
Lupo doh..gapo dio kawe credit artikel ni..minta ampun yea…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan