“Ya Allah ya Tuhan kami, rahmat-Mu yang sentiasa aku harapkan, kerana itu janganlah Engkau serahkan urusanku kepada diriku sendiri meskipun sekelip mata, perbaikilah urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau” Amin.Assalamualaikum ,

Selasa, 27 November 2012

Tatapan Hati Aku


SubhanALLAH Alhamdulillah Walaa illaha illallah Allahu Akbar
Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah>mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
As salam..daaaa….

Rabu, 21 November 2012

✿~✿ RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58✿~✿



Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

AMIN.

Sabtu, 17 November 2012

Kenapa Zionis Yahudi menyerang Gaza?


Hari ni saya cerita pasal Gaza la..kan semua tau yg sekarang ni..Israel sedang menyerang rakyat Palestin...aish..aish...aishh...sedihh ambo dengar...xpi nok wat gano..hanya mampu berdoa saje...Syukurla kito duk Malaysia..aman damai...w/punn ado jgok kadang2 ore duk ngamuk2..kikikkiki...

return to the issue ok..wiwiwiw..speaking koya tue...wawawa...

kalu bahaso klate, "Kenapa Zionis Yahudi menyerang Gaza" is a "bakpo Zionis Yahudi sereng Gaza"gtu la cikit kalu sebut dlm dialek klate...
Perghhhhh..KLATE tu...hahahaha....

1- Untuk menguji Obama. Semua maklum Obama baru sahaja memenangi Pilihanraya Presiden yang lepas. Semasa kempen Pilihanraya, majoriti Yahudi di USA menyokong calon Presiden dari Republikan, Mitt Romney. Namun rakyat Amerika tetap memberi mandat kepada Obama sebagai Presiden. Untuk pengetahuan sahabat2 sekalian, walaupun jumlah Yahudi kecil sahaja di USA, namun mereka memonopoli pentadbiran, media massa serta ekonomi di Amerika. Sebarang dasar luar Amerika terutama isu Israel dan Palestine, Yahudi Amerikalah yang mencoraknya. Mereka inilah golongan Neo Conservative Jews. Apa ulasan Obama berkaitan isu yang berlaku di Gaza? Obama menyokong tindakan itu dan menyifatkan ia sebagai serangan mempertahankan diri dari Israel! Damn!

2- Pilihanraya Israel akan berlangsung Januari 2013. Benjamin Netanyahu mahu mengekalkan kuasanya sebagai Perdana Menteri Negara Haram Israel. Melalui pembunuhan Jeneral Al-Qassam, As-Syahid Al-Jabari dan serangan berterusan ke Gaza, ia akan menjadi bahan kempen paling ampuh buat Netanyahu. Ia akan diulang2 kepada warga Yahudi sokonglah beliau untuk jayakan Negara Raya Israel.

3- Yahudi mahu melihat reaksi Presiden Mesir yang baru, Dr Morsi. Semua sedia maklum, Presiden Morsi menyatakan komitmennya bersama rakyat Palestine untuk membebaskan bumi anbiya berkenaan. Pemimpin hasil tarbiyyah Ikhwan Muslimin Mesir ini tidak bertindak lama dengan menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Gaza, menghantar Perdana Menterinya bertemu Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestine sebagai tanda sokongan Mesir kepada mereka. Dalam lawatan ini, Dr. Hisham telah dibawa melawat mangsa kecederaan di Hospital As-Shifa'. Semasa di sana, beliau menyampaikan sedikit ucapan, "Rakyat Palestin sentiasa menyumbangkan syahid-syahid mereka untuk Palestin yang merdeka tidak lama lagi. Kami diutuskan oleh Dr Muhammad Mursi bukan sahaja untuk hubungan politik, tetapi kewajipan kemanusiaan. Hanya satu sahaja jalan penyelesaian iaitu membebaskan tanah air Palestin dan menjadikan Al-Quds sebagai ibu negara. Palestin bukan isu peribadi atau isu setempat, ia adalah isu Arab juga isu umat Islam semuanya."

4- Lalu apa reaksi kita di Malaysia? Alhamdulillah, protes aman telah berlangsung seusai solat Jumaat tadi. Walau ia usaha kecil, namun ada juga berbuat sesuatu untuk saudara semuslim kita di Gaza. Teruskan berdoa, berdoa dan berdoa. Sebarkan isu di Gaza di wall facebook kalian. Biar sahabat2 kita yang lain maklum juga akan isu ini. Juga berdoa juga untuk sahabat2 kita di Syria yang disembelih rejim Basyar, di Rohingya dan di seluruh pelusuk dunia.

5- Medium rasmi Tentera Israel di facebook telah diserang secara berterusan oleh Rakyat Malaysia semalam. Ramai melahirkan rasa sedih, marah, geram dan segala macam di Page Israel Defense Forces. Kalian boleh ke page berkenaan, lihat sendiri dakyah mereka atas isu yang berlaku.

#PrayForGaza
Lupo doh..gapo dio kawe credit artikel ni..minta ampun yea…..

Khamis, 15 November 2012

۞ MARI BERKONGSI ILMU ۞‎




Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.”
(HR. Anas B Malik).

” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”
(HR Tirmizi)

Rasullullah S.A.W bersabda:
"setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.”
(HR Ahmad, Muslim dan Daud)

Isnin, 12 November 2012

Perkhidmatan Jahit Baju (Individual/Pukal)




Z’UE MAJU FESYEN
LoT 6061, Jalan Imam, Kg Sungai Ramal Dalam,
43000 Kajang, Selangor.
Tel: 019 – 203 7420
Pn Zurina
{^◕‿◕^}{^◕‿◕^}

Z’UE MAJU FESYEN  menyediakan perkhidmatan menjahit
{^◕‿◕^} baju kurung dewasa dan kanak-kanak secara pukal. Harga perkhidmatan adalah murah.
{^◕‿◕^} juga menyediakan secara individual utk
·         Baju Kurung
·         Baju Fesyen
·         Baju Pengantin
·         Baju Melayu
·         Langsir
·         Kelas Jahitan
{^◕‿◕^}Sesuai bagi pembekal baju kurung/pemilik butik ataupun peniaga online.
{^◕‿◕^}Jahitan kemas dan cantik. minumum tempahan 20 pasang.
{^◕‿◕^}BERMINAT boleh PM or call no di atas ye..

Ok tata…daaaa..As Salam…

12/11/2012


Hi, uols semua..saya datang lg..baru rasa mcm nak updated blog saya ni...kikiki..

Aku datang..aku datang....aku datang..sudah..meroyan dah..kakakaka..

apa pun today hari saya dilahirkan..syukur kerana masih dberi nyawa olehnYa....Amiin..amiin..aminn ya Allah...

"Ya ALLAH, aku manusia lemah, namun ENGKAU tentukan kesusahan dan kepayahan buat aku sedangkan aku lemah dalam menanggungnya. Tidak mengapalah Ya ALLAH, aku berharap dengan keadaanku ini ENGKAU akan belas kasihan padaku dan membantu aku mengatasinya".....
Ya Allah, semoga diriku ini menjadi anak yang solehah pada kedua ibu bapaku dan isteri solehah pada suamiku.. dan menjadi ibu yang mithali pada anak-anakku.. serta jadikan lah aku saudara, sahabat dan pekerja yang menyenangkan hati "….. amin, amin, ya rabbal alaminn..

Alhamdulillah saya dilahirkan sebagai seorang Islam…
Alhamdulillah…saya dijadikan sebahagian dari umat Muhammad..kekasih Allah..
Alhamdulillah…saya dihidupkan sebagai mukminah…
Alhamdulillah…saya hidup sederhana…cukup segala-galanya…
Alhamdulillah…saya diberi akal fikiran untuk mengenal dosa dan pahala..dan untuk mencari ilmu..
Alhamdulillah…saya masih punyai ayah,ibu dan adik bradik..malah saudara-mara dan sahabat-sahabat..... rakan sekerja... serta jiran dan masyarakat yang baik denganku..
Alhamdulillah…saya masih dipinjamkan nafas dan kesihatan yang baik untuk beramal ibadah..
Alhamdulillah…saya masih diberi nikmat,tak terkira nikmatnya..
Alhamdulillah…saya…masih saya…dan saya berharap dan berdoa..semoga Allah tetapkan saya di jalan-Nya.... jauhi saya dari menjadi hamba-NYA yang tamak dan tidak menghargai nikmat-NYA..
Alhamdulillah…untuk segala-galanya Kekasihku Allahu Rabbi.. Alhamdulillah..
Saya ucapkan alhamdulillah…anda? Berapa banyak yang anda perlukan lagi? Masih tidak cukup kah segala nikmat yang Allah berikan pada kita selama ini? Latih diri anda dengan sifat qanaah..insyaAllah..anda tiada lagi rasa kekurangan malah merasa sentiasa cukup dan bersyukur dengan nikmat Allah ini..
Tak tertulis saya akan nikmat-nikmat yang Allah berikan pada saya..terlampau banyak..malah jika diambil dakwat sebanyak lautan sekali pun..takkan tertulis akan nikmat-nikmat yang Allah berikan pada kita..terlampau banyak..masih tidakkah kita merasa cukup?masih tidakkah kita merasa bersyukur? Latih diri dengan mengucapkan..ALHAMDULILLAH..dengan seikhlas hati..insyaAllah..jiwa kita tenang dan sifat qanaah menyusup masuk ke dalam hati dan jiwa anda..

Subhanallah… Alhamdulillah… Allahuakhbar... Salam Muhasabah......... Moga Memberi Manfaat.......

Credit utk tatapan hati saya..Insyaallah..sentiasa mengharapkan petunjuk Mu: http://www.suhainisaperan.com/2011/11/alhamdulillahsyukur-atas-segala-nikmat.html

Jumaat, 2 November 2012

Tatapan HAti dikala Duka lara



“Ya Allah, terangilah pandangan saya dengan Al-Qur’an. Dan dengannya lapangkanlah hati saya dapatlah kiranya beramal dengannya. Lancarkanlah lidah saya dalam mengucapkannya, dan teguhkanlah hati saya dengannya, dan percepatlah kefahaman saya dengannya serta teguhkanlah kefahaman saya dengannya serta teguhkanlah saya dengannya. dengan sebab daya dan kekuatan-Mu, karena tiada daya untuk melakukan taat dan tiada upaya untuk menjauhkan maksiat, melainkan dengan pertolongan-Mu, Ya Tuhan Maha Pengasih sekalian yang berkasih sayang. Ya Allah, saya menitipkan kepada-Mu ilmu yang telah Engkau ajarkan kepadaku, maka perkenankanlah kiranya Engkau mengembalikannya lagi kepadaku ketika saya membutuhkannya. Dan janganlah hendaknya Engkau melupakannya. Wahai Tuhan semesta Alam.”

Khamis, 1 November 2012

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.


wasallam........daaaaaaa....

Bismillah

B ---> Bismillahirrahmannirrahim

I ---> InsyaAllah
S ---> SubhanaAllah
M ---> MasyaAllah
I ---> Innalillahi wainnalillahirojiun

L ---> Lahawlawallaku wataillahbillah
L ---> Laillahailallah
A ---> Alhamdulillah
H ---> Hari-hari amalkan..

BACALAH SELALU ♥

genG-Geng yg COMel

Follow WIth Me By Tweet..