“Ya Allah ya Tuhan kami, rahmat-Mu yang sentiasa aku harapkan, kerana itu janganlah Engkau serahkan urusanku kepada diriku sendiri meskipun sekelip mata, perbaikilah urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau” Amin.Assalamualaikum ,

Ahad, 23 September 2012

Bismillah 5


[ Rawatan Cara Islam #1 ] Amal & gunakan Bismillah 5 ini dalam usaha mengubati atau merawat penyakit yang ketahui puncanya atau sebaliknya.. Moga perkongsian saya yang sedikit ini bermanafaat. Apa yang paling utama adalah amalan, bukan hanya sekadar tahu...


MANAFAAT:
Manafaat Bismillah 5 ini terlalu banyak, dan secara keseluruhannya boleh menjadi penawar kepada semua jenis penyakit & rasa bisa pada tubuh badan samada yang diketahui puncanya atau pun tidak.

KAIFIAT/CARA:
Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, dan baca Bismillah 5 sebanyak 7 kali. Kemudian tiup pada tempat yang sakit itu. Selepas itu tiup/hembus pula pada air.

Jika tempat sakit itu tak boleh diletakkan tangan, sebab sakit atau payah untuk letakkannnya, boleh letakkan tangan di anggota lain dengan fokus hati yang tinggi dan anggaplah/gambarkan tempat tersebut adalah anggota yang sakit.

Walau bagaimana caranya selain cara di atas, apa yang penting adalah diri sendiri, sejauh mana keyakinan & sehebat mana tumpuannya. Bacalah dengan penuh khusyuk, yakin & pengharapan yang tinggi moga pentyakit disembuhkan Allah Taala, amiin...

* Pesanan ikhlas dr http://fb.zainalrashid.net/

* Rujukan : RAWATAN PESAKIT MENURUT AL-QURAN & AS-SUNNAH oleh Dr. Amran Kasimin & Prof. Dr. Haron Din

Tiada ulasan:

genG-Geng yg COMel

Follow WIth Me By Tweet..