“Ya Allah ya Tuhan kami, rahmat-Mu yang sentiasa aku harapkan, kerana itu janganlah Engkau serahkan urusanku kepada diriku sendiri meskipun sekelip mata, perbaikilah urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau” Amin.Assalamualaikum ,

Jumaat, 1 Jun 2012

Konsert K-Pop : KBS Mohon Maaf



Kementerian Belia dan Sukan : KBS mohon maaf sekiranya Himpunan Jutaan Belia Ahad lalu dengan persembahan artis K-Pop dari Korea dalam, menyinggung perasaan mana-mana pihak di Malaysia.Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga menteri KBS berjanji bahawa pihaknya akan lebih telus akan datang bagi memastikan perkara sebegini tidak akan berulang lagi kelak.

“Saya mohon maaf kepada semua pihak sekiranya ada antara mereka tersinggung dengan persembahan K-Pop yang dikatakan berpakaian kurang sopan pada Himpunan Jutaan Belia lepas,” jelasnya optimis.
Menurut Ahmad Shabery, beliau menerima dengan baik teguran membina dari mana-mana pihak mahupun dari pembangkang sekalipun mengenai program yang diadakan sempena perhimpunan itu agar boleh dijadikan titik sempadan akan datang.
Menurutnya lagi, sepanjang program lima hari itu, lebih 500 acara telah diadakan. “Mungkin ada beberapa acara perlu ditelusi kembali. Saya amat terbuka dan optimis, tetapi banyak perkara lain yang boleh dilihat,’ jelasnya sebelum menghabiskan sesi sidang media.
Credit: Forblogger.net

Tiada ulasan:

genG-Geng yg COMel

Follow WIth Me By Tweet..