“Ya Allah ya Tuhan kami, rahmat-Mu yang sentiasa aku harapkan, kerana itu janganlah Engkau serahkan urusanku kepada diriku sendiri meskipun sekelip mata, perbaikilah urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau” Amin.Assalamualaikum ,

Rabu, 14 Mac 2012

HouseMate Diperlukan Di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi,


 
Salam sume, sy nak cari housemate untuk
bilik master room rumah kite.Terpulang nak duduk
berapa orang.lagi ramai lagi murah.
Rumah Teres,
Nak perempuan sahaja
Kalau boleh nak yg ada transport sendiri, bertanggungjawab & Amanah.
Ada Bilik Air Sendiri, Balkoni,kipas
Available pertengahan bln March (sekarang) or awal bln April sbb bilik tu sekarang dah kosong.
Facility Rumah: ada Covered parking , 24 Hours Guard, dekat dgn Shell & Petronas.
JPJ & Sekolah Rendah Seksyen 7,Pasaraya: Giant & 99 Speed Mart.
  • 10 minit ke UKM,
  • minit Putrajaya.

Monthly: RM325.00
Deposit: RM325.00

Kalau berminat boleh datang tengok,
Ni alamatnye,

NO.11, Jln 7/3E, Seksyen 7,
Bandar Baru Bangi, Selangor.
(Belakang Sek rendah Seksyen 7)

No.Fon:
 Zu: 017-3915560

Kak Sue: 012-9221924,
 

Selasa, 13 Mac 2012

There will never be another you. Appreciate your life.

There will never be another you. Appreciate your life.: “Life is Great” .... and Great Eastern wants to make your life even better.  Find out what Great Eastern has to offer to make you enjoy and appreciate your life even more.

My Home Bakery :: Topping Kek Coklat @ Ganache

My Home Bakery :: Topping Kek Coklat @ Ganache: Ok, entry kali ni berkisar tentang topping coklat cair @ biasanya kite panggil ganache. Byk jenis ganache kite boleh hasilkan, version jimat...

Isnin, 12 Mac 2012

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengumumkan pengundurannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas tamat tempoh pelantikannya sebagai senator pada 8 April ini, berkata keputusan itu diambil kerana menghormati kerajaan dan kepemimpinannya.
Bagaimanapun beliau memutuskan kekal sebagai Ketua Wanita UMNO dan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) bagi melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan ahli di peringkat akar umbi.
Shahrizat dilantik sebagai Ahli Dewan Negara mulai 9 April 2009 selepas tewas kerusi Parlimen Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum 2008.

Isu peletakan jawatannya timbul apabila beliau dikaitkan dalam isu National Feedlot Corporation (NFCorp) yang diterajui suaminya, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail yang terbabit dalam projek lembu Pusat Fidlot Nasional (NFC) di Gemas, Negeri Sembilan.

Tepat jam 4.24 petang semalam, Shahrizat memulakan sidang medianya dengan mengumumkan pengundurannya, selain berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta rakan menteri lain yang selama ini bekerjasama dengannya selama 10 tahun dalam Kabinet.

Shahrizat berkata, surat berhubung pengundurannya yang berkuat kuasa pada 8 April sudah disiapkan untuk diserahkan kepada Perdana Menteri. 
Ditanya sama ada keputusan itu ada kaitan dengan skandal NFCorp, Shahrizat berkata:

“Sama ada wujud kepentingan peribadi atau tidak, saya tidak ada kena mengena dengan NFC. Saya berkahwin dengan Pengerusi NFCorp, tetapi sebagai anggota kerajaan, saya rasa perkara yang betul untuk dilakukan ialah berundur.

“Saya amat menghormati kerajaan dan amat menghormati Perdana Menteri. Saya bukan saja seorang pemimpin, saya juga seorang isteri dan seorang ibu. Saya tahu apa yang perlu saya lakukan dan saya lakukan perkara yang betul.”

Beliau berkata, keputusan itu diharap akan membolehkan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan siasatan kes berkenaan.

“Selepas 31 tahun dalam politik, saya mahu lakukan perkara yang betul dan saya fikir perkara yang betul ialah berundur sebagai menteri Kabinet.

“Ia adalah keputusan saya sendiri dan saya mahu memastikan apa juga keputusan yang dibuat adalah tepat,” katanya selepas merasmikan majlis Jalinan Kasih Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, semalam. 

Shahrizat menganggap keputusan itu yang terbaik selepas melalui pengalaman sebagai peguam terlatih; berkhidmat sebagai majistret; ahli korporat dan politik termasuk menang dan kalah dalam pilihan raya, selain seorang ibu, isteri dan pemimpin.

Mengenai kemungkinan keputusan itu dibuat kerana tiada pihak dalam kerajaan yang menyokong beliau apabila timbul isu NFC, Shahrizat percaya ada kebaikan atau berkat di sebalik apa yang berlaku dan ia masa terbaik untuk beliau berundur.

“Dalam perjuangan, kita perlu jelas tujuan serta khidmat yang diberikan dan ketika ini saya selesa untuk berundur apabila penggal saya tamat pada 8 April ini,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding pada pilihan raya akan datang, beliau menjawab ringkas: “Kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok.”

Mengenai kementeriannya, Shahrizat berkata, perubahan ketara yang dilakukan sebaik penubuhan kementerian itu adalah keputusan jemaah menteri mengenai isu diskriminasi wanita dan keluarga.

“Dalam masa tiga minggu lagi sebelum saya berundur, saya akan jalankan tugas dan program yang dipersetujui termasuk dengan badan bukan kerajaan membabitkan kumpulan sasar kementerian, termasuk wanita, keluarga, Orang Kelainan Upaya, institusi kebajikan, pembangunan masyarakat dan warga tua,” katanya.




Oleh Norfatimah Ahmad dan S Anand Kumar
bhnews@bharian.com.my
2012/03/12

Don't tell me you don't like WOMEN:girls?

Don't tell me you don't like WOMEN:girls?: For International Women's Day 2012...
It's all about INSPIRING one another, from one role model to an aspiring young girl, one at a time.
In line with the 2012 International Women's Day theme - CONNECTING GIRLS, INSPIRING FUTURES; the WOMEN:girls' 10-day campaign aims to begin a connection to INSPIRE and ENCOURAGE a new network of exchanges between young girls and women.

Selasa, 6 Mac 2012

bila seorang PENGURUS mendapat surat cinta yg ke-3: Part one

 kisah seorang pengurus sebuah company public listed..huhuhu yang tempoh 6 ke 7 tahun bekerja telah mendapat surat cinta utk kali yg ke-3. Dalam masa beberapa tahun itu hingga sampai surat yg ke-3 masih tidak mengentahi siapa yg begitu tidak berputus asa untuk meluahkan perasaan cintanye kepada pengurus itu setelah sekian lama memendam rasa tetapi masih tiada jodoh antara mereka apabila sekali lagi pengurus itu tidak dapat menerima isi hati kandungan surat itu dalam erti kata lain sekali lagi menolak lamaran surat itu.

Jiwa Pengurus itu sungguh kental & kebal bak tembok batu, walaupun telah mendapat surat cinta yg ke-3, dia masih menolak cintanye secret admire itu..Sungguh menyedihkan hati.Secret admire itu sungguh kecewa dgn penolakan itu. Cintanye x berbalas.Alangkah sedihnye apabila Pengurus itu boleh buat mcm biasa seolah2 tidak mengendahkan perasaan secret admire itu seolah-olah tidak ada apa yg berlaku sedangkan orang sekeliling turut berasa marah dgn sikapnye.

Gosip terus hangat diperkatakan tentang Pengurus menolak kisah cinta iu, Pelbagai spekulasi dan komen2 drp org sekeliling & setempat.
Apakah kesudahan kisah cinta takk berbalas ini,mungkin ada perubahan positif sikap Pengurus itu dengan menerima cinta secret admirenya @ sebaliknya.

Namtikan kisah selanjutnya dlm "bila Seorang Pengurus mendapat Surat Cinta Yg Ke-3 dlm Part:2.
Arious~~~~~

Fasha, Jejai terbayang pelamin

KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah saya terima lamarannya dan dia sudah bertemu keluarga saya untuk merisik,” kata pelakon popular, Fasha Sandha kepada Harian Metro, semalam, sekali gus mengesahkan perhubungan kontroversinya dengan kekasihnya, Jejai bakal berakhir di jenjang pelamin tidak lama lagi.
Pelakon berusia 28 tahun kelahiran Johor Bahru itu berkata demikian mengulas pelbagai desas-desus terbaru mengenai persiapan perkahwinannya termasuk gambar mereka menghadiri kursus kahwin di Setiawangsa minggu lalu yang mula tersebar di Internet.
“Insya-Allah jika tiada aral melintang dan diberikan rezeki, kami berkahwin dalam tahun ini,” kata Fasha mengenai status terkini hubungannya dengan Jejai atau nama sebenarnya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli.



Selain gambar pasangan itu mengikuti kursus persediaan perkahwinan, turut tersebar di Internet dan disiarkan di portal hiburan ialah gambar mereka mencuba busana pengantin di sebuah butik.



Mengulas perkara itu, Fasha berkata: “Memang saya dan Jejai menghadiri kursus kahwin minggu lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan ia satu pengalaman yang baru buat saya.


“Saya akur dengan gambar yang tersebar kerana status sebagai selebriti membuatkan saya tidak boleh lari. Namun, perkara baik seperti ini tiada apa yang perlu disembunyikan lagi.”

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas lanjut mengenai tarikh dan lokasi perkahwinan, Fasha enggan memberitahu kerana belum bersedia dan menanti waktu sesuai untuk diumumkan.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Sabtu, 3 Mac 2012

Don't just

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!

Rabu, 29 Februari 2012

Help Send These Kids to School!

Help Send These Kids to School!: Fugee School is an education hub for refugee kids in Malaysia that lives to empower the minds of refugee children with education which will one day allow them to make decisions for themselves and have the right to a bright future - a privilege all children should have.
At Fugee School, the refugee children are provided with weekly classes of English, Mathematics, Somali & even additional subjects from Computing to Arts as well as extra-curricular activities.

Jumaat, 24 Februari 2012

Free The Children

Free The Children: Free The Children focuses on the betterment of millions of starving children in third world countries. Unlike charitities that push for donations, this is not one of them.In effort to raise awareness, individuals are given a platform to take action where a simple 2-seconds act of clicking

Sekitar Gambar Kahwin Lisa & Yusry











Rabu, 22 Februari 2012

FotoSekitar MAJlis pertunangan MISHA Omar









Biasanya kalau terjadi kes kematian di dalam sesebuah rumah atau hotel, orang kita berat kaki nak masuk. Apatah lagi nak bermalam di bilik itu. Perasaan seram akan menyelubungi.
Jangan terkejut, bilik 434 Hotel Hilton Beverly tempat penyanyi Whitney Houston ditemui mati di dalam tab mandi, mendapat permintaan tinggi. Ramai yang menempah untuk bermalm di bilik suite itu. Selepas tiga hari, sudah ada yang menempah untuk menginap.

Menurut TMZ.com, bahagian tempahan hotel mengesahkan menerima permintaan melimpah yang mahu menginap di bilik itu. Tapi nampak gayanya tiada yang dapat masuk kerana bilik itu sudah penuh untuk “foreseeable future”. Tarikh spesifik bilik itu boleh dimasuki tidak diketahui.
Whitney diumumkan mati di hotel itu pada 11 Februari lalu, hari yang sama mentornya, Clive Davis menganjuran parti pre Grammy di kelab di hotel tersebut. Dia juga antara jemputan ke parti tersebut. Parti tetap diteruskan dan Britney Spears antara yang hadir.
Tapi Sharon Osbourne yang membatalkan kehadirannya kerana berasakan tidak sesuai untuk berparti apatah lagi semasa mayat Whitney masih ada di hotel tersebut.
"Saya tak faham macam mana orang boleh pergi berparti bila mengetahui Whitney mati dan masih ada di bangunan itu. Saya kasihan dan memang tak boleh...," katanya.
Chaka Khan, kawan rapat mendiang Whitney  juga berpandapat serupa. Dia tidak boleh bergaya dan memilih pakaian atau bersolek selepas mengetahui Whitney mati, bagaimana mahu ke parti?
"Saya fikir orang yang tak betul saja yang boleh pergi berparti dan saya tak faham mengapa parti mesti diteruskan," katanya._ BANG Showbiz

Belasungkawa Latiff Ibrahim 1950-2012: Satu kehilangan

ISNIN lalu, tepat jam 6.06 petang industri hiburan tanah air kehilangan seorang lagi artis berkaliber yang pergi buat selama-lamanya menghadap Sang Pencipta. Penyanyi dan pelakon era 70-an, Abdul Latiff Ibrahim atau mesra disapa Latiff Ibrahim, 62, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN, sejak Sabtu lalu akibat sakit jantung dan komplikasi penyakit lain seperti kencing manis dan paru-paru. Sehubungan itu, arwah turut meninggalkan seorang balu, Masria Mahadan, 54, dan dua orang anak Mohd Hazriq, 34, dan Haznelly, 32. 
Selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, sebelum solat Zuhur semalam, Allahyarham disifatkan seorang rakan yang cukup baik dan disenangi ramai. Menurut rakan rapat arwah, penyanyi dan pelakon Halil Chik, 61, Allahyarham orangnya lucu dan mereka sering keluar bersama. 

Ujarnya, kali terakhir mereka bertemu pada Jumaat lalu kerana menemani arwah yang teringin menikmati hidangan ‘stimbot’ di pusat membeli-belah Jusco AU2, Keramat. Kata Halil, arwah memang nampak sihat dan sehari selepas pertemuan itu pun ketika dihubungi, dia (arwah) akui dia OK saja.


“Apapun, saya terkejut juga apabila dimaklumkan oleh anaknya, Mohd Hazriqk menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang arwah nazak di IJN. Kini, saya kehilangan seorang rakan yang baik hati. Arwah suka mengajak rakan-rakan keluar bersama dan suka belanja makan. Memang sudah sikapnya begitu.


Selasa, 21 Februari 2012

Giuliana Rancic fights breast cancer. Follow her lead and get an early mammogram today!

Giuliana Rancic fights breast cancer. Follow her lead and get an early mammogram today!: Looking fit and having one of the most interesting careers, Giuliana Rancic was all about living a year of fun this 2011. Planning to undergo IVF treatment to conceive a baby, Rancic was determined to have a child with husband, Bill Rancic even through her busy life as the co-host of E! News. However, all plans came to a standstill this mid-October as Rancic's mammogram test revealed that the 36 year old host was diagnosed with early stages of breast cancer.At a young age, Rancic was shocked with the life-threatening news and did not expect it coming. Not able to continue with her IVF treatment, Giuliana is still determined to have a full recovery and would still like to be a mother one day. Coming out to the public wasn't easy after receiving the

Ahad, 19 Februari 2012

KonvensYen Bidadari Dunia 2012

Konvensen Bidadari Dunia 2012 yg duanjurkan oleh LUv Islam buat julung kalinya. Konvensyen yg cukup menarik & bermanfaat utk semua gadis-gadis & wanita di luar sana.
Kepada Yg ingin mendapat maklumat,
di bawah disertakan butian Konvensyen:

Lokasi: Putrajaya International Convention Centre (PICC)
Program 2 hari yg penuh pengisian yg terbaik utk wanita muslimah ini akan diselitkan dgn pelbagai program & slot2 yg sungguh bermanfaat.Panel-panel yg terlibat dlm konvensyen 2 hari ini terdiri daripada wanita-wanita berjaya ikon yg boleh kita jadikan contoh.Antaranya ialah:

  1. Prof. Dr Muhaya Mohamad
  2. Prof.Madya Dr.Syarifah Hayati Syed Ismail Bistari
  3. Dato' Siti Nor Bahiyah Mahmood
  4. Prof. Madya Dr Harlina Halizah Siraj
  5. Dr.Nikki Shuhada Shukor
  6. Ummi Roses Raudhatul Sakinah (Rosmawati Zainal)
  7. Datin Zaleha Omar
  8. Dr.Rubiah Hamzah
  9. Wardina Saffiyyah Fadlullah Wilmot
  10. Catriona Norhayati Ross Bahrin
  11. Nora(Wan Norafizah Ariffin)
  12. Irma Hasmie Ibrahim
  13. Ustazah Amie Sofie Ahmad (Juara Solehah)
  14. Ustazah Firus Akhtar Mohamad Bokhari (Juara Ustazah Pilihan)
  15. Fatimah Syarha Mohd Noordin (Pengaang Novvel Islamic Terkenal)
  16. Puan Jamilah Samiah (Pengarah Parenting Terkenal)
  17. Datin Yusmira Mohd Yusof (Pengasaa Yusmira)
  18. Puan Rozita Ibrahim (Pengasas Sendayu Tinggi)
  19. Dato' Azlina Hj Che Abdullah (Pengasas DCL) 
Hebat2 semua.
Terdapat pelbagai kemudahan disediakan & tawaran bg semua yg ingin turut serta dalam
konvensyen ini. Antaranya:
  • Perkhidmatan Penjagaan Kanak-kanak.
            RM10/seorang kanak2
  • Lain-lain
           Booth/gerai2 jualan makanan & cenderamata
           Pengankutan awam spt:bas, teksi 

Pendaftaran
  • RM100 (pendaftaran sahaja)
  • RM350 (pendaftaran & Makanan)

Sebarkan pada rakan-rakan & saudara Mara kita semua mendapat manfaat bersama.Jadilah Muslimah sejati yg berkarisma, berketerampilan tanpa melanggar syariat.

Untuk Keterangan Lanjut:
(T) +603-4143 3435 Pejabat
(T) +6018-3557 237 Atikah
(E) bidadari[a]iluvislam.com
(W) www.bidadaridunia.com



How could you eat a cute dolphin?

How could you eat a cute dolphin?: Millions of people around the globe look into the future hoping for a brighter one with each new day.
But we could lose our natural gifts.
Everyday someone consumes an endangered species.
Everyday someone pollutes the ocean, killing healthy marine life.
Everyday a forest is threatened by deforestation.
Everyday wildlife gets killed for sale.Without healthy forest and marine ecosystems, our food supply would be adversely affected. Without healthy forests, we could lose our freshwater sources, ultimately depreciating our quality of life.
By helping to protect our environment, we are also protecting our livelihoods, food and water supply; securing our good quality of life and our children's bright future.
Make the right call and pledge to

GAMBAR PENYANYI FARAH ASYIKIN KINI BERTUDUNG | FARAH ASYIKIN BERTUDUNG







Gambar Ana Rafali Bertudung

Bertudung Sudah,,Alhamdulillah

Avril Lavigne Konsert - Aksi Bercelaru? | Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti Tempatan

Avril Lavigne Konsert - Aksi Bercelaru? | Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti Tempatan

genG-Geng yg COMel

Follow WIth Me By Tweet..