“Ya Allah ya Tuhan kami, rahmat-Mu yang sentiasa aku harapkan, kerana itu janganlah Engkau serahkan urusanku kepada diriku sendiri meskipun sekelip mata, perbaikilah urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau” Amin.Assalamualaikum ,

Rabu, 29 Ogos 2012

Credit Dr Ustaz Don Daniyal lagi...hihihih

Liked · Yesterday 






Sunnah Rasulullah s.a.w. bagi pasangan yang baru berkahwin. Suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :

" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya" (Riwayat Abu Daud no.1260)

Credit ~~~~Ustaz Don Daniyal
Sunnah selepas Ijab Qabul : Melakukan solat sunat 2 rakaat berjemaah suami dan isteri.
Cara untuk mengerjakannya ialah:
• Lafaz niatnya : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
• Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun’
• Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
• Membaca doa berikut selepas salam:



“YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, telah selesai pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini. Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai. Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh. Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagiaan rumah tangga kami”

“Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, isteri/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai. Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Engkau peliharalah kami, isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”

“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”
“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),
Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

Amin ya rabbal a'lamin...
As sala,m…daaaaa….



Selasa, 28 Ogos 2012

FAKTA ANTARA VITAMIN DAN UBAT

1. Adakah supplement itu ubat? - TIDAK. Supplement bukan ubat. UBAT= terdiri daripada bahan jenis dadah yang 'asing' untuk tubuh badan kita. Manakala SUPPLEMENT = vitamin-vitamin pembina tubuh yang diperlukan
oleh tubuh badan kita.

2. Kebanyakan orang fikir 'Kita tak perlu vitamin sebab dah cukup makan' - Bila diselidiki diet harian kita, kebanyakan yang kita makan
itu adalah HAMPAS Sahaja.

3. Ade sesetengan orang ckap 'Semua supplement sama je' - TIDAK. Kebanyakan supplement di pasaran adalah dari sumber sintetik. Supplement biasanya terdiri daripada 3 jenis bahan iaitu sintetik, organik dan semulajadi. Yang terbaik tentunya supplement daripada jenis semulajadi.

4. Betul ke makan supplement ni ade kesan sampingan? - BETUL. Sekiranya ia dari sumber sintetik. Supplement semulajadi TIDAK memberi kesan sampingan malah ianya selamat.

5. Betul ke supplement ni untuk orang yang kurang nutrisi seperti mangsa kebuluran ? - TIDAK. Supplement ni untuk orang yang mementingkan kesihatan.

Sekiranya anda sering merasa penat, letih, lesu, stress, itu adalah antara petanda anda kekurangan vitamin. Jadi, jadikan vitamin sebagai teman hidup untuk kesihatan tubuh badan anda.

Daaaa...As SAlam...semoga hari esok lebih baik dari hari ini..Insyaallah...

nak order blh add & Pm sy di: http://www.facebook.com/dlailyabrahman
 
                                                          @




Isnin, 27 Ogos 2012

Jenis - Jenis Vitamin C Organik

Kembali lagi uols mengenai Vitamin C Organic nie..memang sangat-sangat teruja.Seperti yg uols tau la kan…Vitamin C ni sgt2 berkesan..tgk ada dikalangan artist tu yg sanggup inject Vitamin C utk cantik..Ini kerana sangat terbukti keberkesanannya..
Apa kata kita layan apa yg best sangat Vitamin C organic ni…
Harap uols semua pun sgt teruja utk kelihatan cantik.& ingat kita hanya mampu berusaha semuanya yg cantik datang dgn izin dariNYa..

Sebenarnya, sy ada 2 jenis Vitamin C Organic yg mampu menarik sy utk mencuba setelah membaca kelebihan-kelebihannya.

1)   Vitamin C Organic – 500mg
Vitamin C Organik 500mg
FUNGSI / KELEBIHAN:
ü  Menghaluskan & melicinkan kulit secara menyeluruh
ü  Megecilkan pori2 kulit
ü  Menaikkan seri muka
ü  Memberikan warna kulit yg sekata & cerah
ü  Melembabkan kulit secara menyeluruh satu badan
ü  Memulihkan rekahan pada tumit kaki & siku
ü  Merawat jerawat di wajah & badan
ü  Mengurangkan jeragat pada muka
ü  Melindungi daripada pembekuan darah & lebam.
ü  Mengurangkan parut jerawat & kesan luka
ü  Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu
ü  Meningkatkan imuniti badan, kurangkan jangkitan selesema
ü  Membantu mengurangkan tahap kolesterol & tekanan darah tinggi
ü  Mengurangkan gejala-gejala lain alergi
ü  Meningkatkan penglihatan
ü  Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih
ü  Membantu sistem peghadaman
ü  Amat sesuai untuk Orang yg mempunyai masalah resdung.
ü  Ibu mengandung juga boleh amalkan.
ü  Boleh menambahkan susu badan untuk ibu-ibu yang menyusukan anak


CARA-CARA PENGGUNAAN:
1biji pagi & 1biji selepas makan malam
**boleh juga kalau makan sehari sebiji sahaja

2) Vitamin C Organic – 1000mg
Vitamin C Organik 1000mg
FUNGSI / KELEBIHAN (hampir sama dgn 500mg)
ü  Memperbaiki kesihatan kulit muka.
ü  Ekzema, dermatitis, masalah kulit.
ü  Batuk, demam selsema, jangkitan.
ü  Warga tua.
ü  Mereka yang mengambil antibiotik dan menjalani perubatan.
ü  Wanita yang mengambil pil perancang.
ü  Perokok dan mereka yang mengambil alkohol.
ü  Pesakit kencing manis.
ü  Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi & gigi yang sihat
ü   Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti
ü   Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis
ü   Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress
ü  Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi
ü  Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra- matang
ü  Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya
ü  Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas
ü  Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia
ü  Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah
ü  Merawat jangkitan saluran kencing
ü  Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain
ü   Vitamin C adalah jenis sustained released atau pelepasan perlahan-lahan, dalam masa 12 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan.

Vitamin C ini 100% Halal
,dijamin dan berkesan

CARA-CARA PENGGUNAAN:
*makan 1 biji sehari selepas makan (1000mg)

PERBEZAAN ANTARA VITAMIN C ORGANIC 500mg & 1000mg :

Yang beza adalah ingredients... 1000mg lg byk kandungan utk kecantikan kulit sbb dia diguna jgk utk merawat sakit kulit mcm eczema, cacar air, kulit kering bersisik n ruam panas. tp yg 10
00mg tu xcover resdung. yg 500mg ja ada. sebenarnya dua2 bg efek cepat, bergantung pada badan masing-masing.Ini kerana kulit setiap manusia berbeza tindak balas. ada yg okey dgn yg 500mg n ada yg 1000mg. So susah nk ckp. tp kalau nk bgus utk merawat jerawat dimuka & parut jerawat, better amik 500mg punya tp makan 2 biji sehari.. tp kalau tujuan nk lembabkn kulit n bg kulit sekata apa semua utk kulit sensitif, better try 1000mg punya.Kita hanya mampu berusaha..ceeeeWaaaahh..huhuhuhu…semuanya dgn keizinan dariNya.Insyaallah…



Agak2 kalau berminat nak mencuba boleh la mesej sy di FB.
Harga:

1) Vitamin C Organik 500mg = RM45.00 utk 30 bj
2) Vitamin C Organik 1000mg = RM60.00 utk 30 bj.
* termasuk postage*
interested can PM me on my FB:http://www.facebook.com/dlailyabrahman

http://www.dkedaikitoo.blogspot.com/

As Salam...daaaaa.....~~~~~~



PERBEZAAN VITAMIN C ORGANIC DENGAN VITAMIN C SINTETIK




Hi uols my fren semua..untuk pertama kalinye sy ingin berkongsi tentang Vitamin C organic dgn my fren semua. First time tgk & baca artikel ni terus teruja utk try..Insyaallah..kita hanya mampu berusaha.Semuanya adalah berkat dariNya..
Mula2 sy ingin share dgn uols semua pasal apa yg diffrent sgt Vitamin C Organic dgn Vitamin C Sintetik ni yg seperti sedia maklum tentang khasiat yg tidak ada tolak bandingnya.




1.Penghasilan
Vitamin semulajadi dihasilkan dari ekstrak bahan-bahan semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C semulajadi diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat-seratnya.
Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul-molekul karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa-apa bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

2.Keserasian Dengan Badan
Vitamin Semulajadi dihasilkan dari bahan-bahan makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.
Vitamin sintetik walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin semulajadi, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.



3. Harga
Vitamin semulajadi tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan-bahan semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.
Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

4.Kesan Kepada Tubuh Badan
Vitamin semulajadi mengambil intipati dari bahan-bahan semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan-bahan yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.
Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin-vitamin lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

5. Kesan Jangka Panjang
Vitamin semulajadi tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan-bahan seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).
Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan-bahan yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

Pendek kata, perbandingan antara vitamin semulajadi dengan vitamin sintetik adalah umpama bunga hidup dengan bunga plastik. Bunga plastik itu memang lebih mudah, murah, dan tahan lama. Tapi keunggulan bunga hidup tidak dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’ bunga plastik tersebut. Perbandingan yang lain ialah objek sebenar dengan imej dalam cermin. Walaupun kelihatan sama, tapi imej dalam cermin tetap bukan objek sebenar.

Nanti Cont. lagi yea pasal Vitamin C Organic ni..sangat2 teruja..

kalau nak order boleh  ADD & pm saya di :http://www.facebook.com/dlailyabrahman

http://www.dkedaikitoo.blogspot.com/

berZikir

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.
 Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita perolehi adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah seperti subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
apabila zikir itu berulang-ulang kali, aktiviti saraf menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.
 Dengan itu otak menjadi aktif secara kesluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir ianya tidak jadi begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember, 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington di mana ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai benda. Mereka dikehendaki membaca perkataan tersebut satu-persatu dan mengaitkan perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.
Apabila sukarelawan melakukan tugasan mereka, beberapa bahagian berbeza otak menunjukkan peningkatan akitiviti saraf termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak kepada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekaligus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan zikir terbukti meningkatkan kecerdasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara seIslam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat Islam iaitu umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh tentang kepentingan berzikir dan secara nyata mengabaikannya. -penawar.com-

Ahad, 26 Ogos 2012

Petua ISLAM Untuk Wajah Berseri




Petua 1: Amalkan membaca ‘Ya Qawiyyu’ (maksudnya wahai Yang Maha Kuat) setiap kali selepas memberi salam kedua, selepas solat.
Petua 2: Jangan cuci muka (dengan cleanser) pada waktu pagi kerana amalan ini akan menghilangkan seri wajah. Cuci muka sebelum tidur.
Petua 3: Gunakan 3 jari tengah untuk menggosok muka sewaktu mencuci muka atau menempek moisturizer.
Petua 4: Berselawat 3 kali dan tiup ke atas bedak muka setiap kali sebelum berbedak dan berdoa "Ya Allah serikanlah wajahku agar yang memandang berasa senang denganku.”
Petua 5: Membaca Doa Bercermin "Ya Allah, sebagaimana kau cantikkan wajahku, maka perelokkanlah pekertiku"

Selamat Mencuba..As Salam…daaaa….

Khamis, 16 Ogos 2012

Puasa 2012 PArt - Dua Puluh 7, & 28 & 29

 

huhuhu..takut ngumah aku xder line internet time2 raya2 nie..trus upload la sampai ari ke --29..
& Selamat Hari Raya Yea kpd kawan2 ku yg dikasihi semua...Ampun maaf Zahir & Batin.






Assalamu'alaikum sahabat semua...! ♥
 ·  ·  · 5 minutes ago · 

Rabu, 15 Ogos 2012

Puasa 2012 PArt - Dua Puluh enam





Liked · about an hour ago 

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
 ·  · Share

genG-Geng yg COMel

Follow WIth Me By Tweet..