“Ya Allah ya Tuhan kami, rahmat-Mu yang sentiasa aku harapkan, kerana itu janganlah Engkau serahkan urusanku kepada diriku sendiri meskipun sekelip mata, perbaikilah urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau” Amin.Assalamualaikum ,

Jumaat, 29 Jun 2012

Tahniah Utk Irma Yasmin




NI kredit dari tabikpuang.blogspot tau...Minta izin ye nak share.Pertemuan Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer yang tidak di’sengajakan ketika menunaikan umrah berakhir dengan ikatan perkahwinan hari ini di Dewan Sri Melati, Putrajaya.Kami akan cuba bawakan maklumat terkini sekitar majlis pernikahan mereka & semestinya gambar mereka berdua yang di’satukan dalam majlis ringkas tetapi serba meriah ini,









UPDATE-1: Sekitar jam 3.40 petang tadi, Irma Hasmie sah bergelar isteri kepada Reza Syah Azmeer dengan sekali lafaz dan juga pasangan ini di’nikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Ibrahim Othman. Tahniah!

Jumaat, 22 Jun 2012

Untuk Tatapan HAri JUmaatKu



Bismilahirrahmanirrahim....

Sahabat ku yang diRahmati Allah ta'ala...
Perut itu merupakan sumber semua Syahwat.
dari perut itu pula akan timbul bermacam macam syahwat..

*Syahwat Sex

Jika syahwat makan dan syahwat sex menguat, maka akan 
timbul nafsu senang harta, sebab kedua syahwat tersebut 
tidak akan tercapai kecuali dengan harta.

** Dari nafsu senang harta kemudian timbul, nafsu senang kedudukan, kerna mencari harta tanpa kedudukan adalah sukar.
Jika harta dan kedudukan telah di capai, maka semakin 
bertumpuk penyakit dalam hati seperti Takabur, 
Riya', Hasud, Dendam, Permusuhan dan sebagainya 
dan sumber dari semua itu adalah perut.
Barang siapa kenyang, maka dia akan kemasukan 
beberapa penyakit iaitu:

1.Hilangnya selera ibadah
2.Terhalang untuk menghafal ilmu
3.Tamak kpd belas kasihan orang lain, kerana sesungguhnya 
jika kenyang perutnya, ia akan menyangka bahwa 
semua orang juga kenyang
4.Bertambah syahwat
5.Jika semua orang mukmin berkeliling disekitar masjid maka orang yang kenyang berkeliling di sekitar WC



Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya syaitan itu mengintari anak Adam melalui peredaran darahnya, Maka persempitlah tempat tempat 
peredaran syaitan itu dengan lapar dan dahaga..

Sahabatku.....Lapar itu mempunyai beberapa faedah

1.Kejernihan hati dan terangnya pandangan mata hati
2.kelunakan hati
3.Kerendahan nafsu, hilang takabur & tdk memperturutkan nafsu
4.Sesungguhnya ujian itu adalah termasuk pintu pintu syurga
5.Melemahkan syahwat dari perbuatan maksiat
6.Ringan badan untuk bertahajut dan ibadah
7.Meringankan beban dan mampu rela kepada harta 
dunia yang sedikit serta mampu mendahulukan 
kepentingan orang orang yang fakir.

Sahabatku..pesan terakhir dari ku ..
marilah kita senantiasa senang untuk melaparkan 
diri {berpuasa} kerana jika kita lapar, maka kita akan 
menjadi sabar dan lebih biasa mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wa ta'ala, bila kita kenyang kita dapat mensyukurinya.

Jumaat, 15 Jun 2012

Lovely Day



Morning Hari JUmaatku..

Alhamdulillah untuk sampai ke HAri ini…Amin.
Ya Allah, ampunkan dosa2 mak ayah aku, adik beradik ku , aku & seluruh keturunan kerabatku..Insyaallah..

Yea!bab kata Nas Ahmad dlm Mentor..kikikiki…JUmaat ku yg tercinta…sangat2 suka hari nie. Apa nak citer ye di hari JUmaatku ini..Hari kat opih ade masuk staff baru lagi.kali ni account department jgak..uols nak tau rase mcm company aku nie dimonopoli oleh org Melayu dah…1 pencapaian yg bagus nmpaknye…korang camner persepsi….positifla kan..huhuhu..

Apa yg nak Tazkirah utk aku yea hari ini…korang!!!apa leh tulis yea..kakakaka..apa yg aku tau Jumaat memang sgt2 aku suka..
I love Jumaat…
Semoga hari nie lebih bagus dari hari2 sebelumnya dan aku smoga lebih better dr semalam..Yeah!!!!hahahha..aku tengok sama je.kakaka..kerja macam pasir tu still lagi ada dlm diri aku nie..bila laa nak up cikit macam batu block yg buat jln raya tue…kuakuakuakuakuaJ

Ayaaa..ok lah..perasaan malas nak tulis dah dating nie tanpa diundang..apa lagi aku kena cau laa..xleh nak paksa2 nanti entah aper aku tulis aku pun x faham…

Ok la..Wa kena BEB cau dulu la bro…daaaa..
As SalamJ

Khamis, 14 Jun 2012

Facebook Release New Official Facebook For Wordpress Plugin | Spice Up Your Blog

Facebook Release New Official Facebook For Wordpress Plugin | Spice Up Your Blog

Kad Kahwin Irma YAsmin



Kami suka dengar kisah percintaan Irma Hasmie ini, nampak teratur dan penuh keberkatan. Dan, beliau bakal berkahwin dengan pasangan pilihan pada 29 Jun 2012.
Memetik laporan Murai hari ini, kad jemputan perkahwinan Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer telah pun di’edarkan. Pasangan ini bertunang pada 29 Mac 2012 lalu.
Majlis pernikahan Irma Hasmie akan diadakan pada 29 Jun di Dewan Persidangan Putrajaya jam 3.00 petang dan resepsi berlangsung di MAEPS, Serdang hari sama jam 8.00 malam.

Walimatul Urus Irma Yasmin
Irma Hasmie yang di’hubungi berkata beliau kini sedang mengerjakan umrah, kini dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah & di’jangka pulang ke tanah air pada 20 Jun ini.
Pelakon & pengacara ini berkata aktiviti seni’nya ketika ini di’berhentikan seketika untuk memberi laluan beliau mengerjakan umrah dan membuat persiapan terakhir perkahwinan.

Rabu, 13 Jun 2012

Untukmu wanita yang bersedih | iluvislam.com discover the beauty of islam

Untukmu wanita yang bersedih | iluvislam.com discover the beauty of islam



aku tertarik dengan artikel ini..sesungguhnya kita selalu diuji supaya kita lebih tabah & kuat.

Ok cau dulu nak balik ngumah...nak tdo..ngantuk suda,...hahaha..mcm malam jer..
As Salam...

Bila sejenak Ingin bertafakur


Today nok mengomen la..hahahah..
Luahan ker ape nie..hahaha..xder la saje je nak menulis kat blog aku yg begitu menawan nie..hahaha..blueekkksss..
Ok la..go..goggoooooggooo..
Diri sejenak ingin bertakafur bila perasaan tidak dapat dikawal, tidak dpt bertahan....lalu wujud perasaan utk
meminta kepadaNYa..Hanya Dia tempat yg betul & terbaik utk diri ini.


Tidak tahan lagi, betapa rindu kepada Petunjuknya.semoga ia berkekalan..Amin...
Jiwa terasa tenang...cukup membuktikan Engkau tempat yg Terbaik utk mengadu...Segala Kebesaran drp Mu.Insyaallah.
Masih tidak pasti utk ari esok..Semoga ia berkekalan..moga cahaya sentiasa ada utk Aku..Insyaallah.


Diri Bertafakur, Jiwa Bermuasabah.


As salam..

Alhamdulillah




Hai,

PETALING JAYA: Pelakon yang pernah popular menerusi siri Dunia Anita dan Trilogi Cinta iaitu Fazurina mengambil keputusan untuk mengenakan hijab selepas menyambut ulang tahunnya yang ke 30, pada 9 Jun lalu.
Fazurina berkata, keputusan itu tidak dipaksa oleh sesiapa sebaliknya ia datang ikhlas daripada hatinya sendiri dan telah lama berniat untuk berbuat demikian.
"Saya tiada apa-apa alasan kenapa saya mengambil keputusan untuk bertudung tetapi ia datang daripada hati saya sendiri selepas menyambut hari lahir yang ke 30 pada 9 Jun lalu.
Gambar terbaru Fazurina
"Insya-Allah, imej ini akan kekal selamanya kerana ia adalah satu perkara yang dituntut oleh agama," ujarnya  ketika dihubungi di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, Fazurina berkata, walaupun sedar tawaran berlakon akan berkurangan selepas ini, dia tetap optimis dan menganggap setiap rezeki itu datang daripada Allah.
Fazurina berkata, sebagai seorang Islam dia percaya dengan qada dan qadar dan menganggap jika perkara itu terjadi pasti mempunyai hikmah di sebaliknya.
"Kalau saya tidak bertudung pun kalau kata rezeki itu bukan milik saya tetap tidak akan menjadi hak saya.
"Saya reda dengan semua ketentuan tetapi itu bukan alasan untuk saya tidak berbuat-buat apa mengenainya. Apa yang penting usaha," katanya.
Tambah Fazurina, dia ada mendapat tawaran berlakon dari sebuah produksi sebagai watak utama untuk siaran TV3 baru-baru ini namun terpaksa menolak kerana pengarah mahu dia membuka tudung.
"Saya boleh terima kerana ia watak utama dan akan ditayangkan di TV3 tetapi terpaksa menolak kerana saya mengenakan hijab bukan suka-suka. Tidak mengapa kerana ia bukan rezeki saya buat masa ini," katanya.
Dalam perkembangan lain, dia sangat teruja apabila bakal muncul dengan projek pertama di bawah syarikat produksi miliknya iaitu Tripix Studios Sdn Bhd yang telah beroperasi sejak beberapa bulan yang lalu.
Fazurina berkata, jika segalanya berjalan lancar, syarikat produksinya akan memulakan penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Hana yang akan diarahkan oleh Zulkifli M. Osman.
"Alhamdulillah, setelah beberapa tahun berlakon ini adalah perkara paling terbesar yang bakal saya lakukan. Insya-Allah, harap-harap semuanya akan berjalan dengan lancar," ujarnya.
Fazurina juga turut membawa peranan utama dalam drama bersiri itu selain bertindak sebagai penerbit.
Bercakap lanjut mengenai kerjaya seninya, Fazurina baru sahaja selesai menjalani penggambaran musim terbaru drama Trilogi Cinta untuk RTM sebanyak 40 episod yang akan ditayangkan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
Selain itu, filem Baik Giler gandingannya bersama Zizan Razak dan Awie bakal menjengah pawagam pada 28 Jun manakala filem Hantu Bukit Cina bakal ditayangkan pada akhir tahun ini.

Selasa, 12 Jun 2012

Bila Perut x tau nak makan ape


hi uols semua....lama x tulis curahan rasa yg mempunyai banyak rasa.
Petang nie akan tdo dirumah bujang sendiri dibangi lama dah x tdo sana.
rindu plak kat katil gua tue & bilik mcm sarang tikus tue...harap maklum la..

Rasa badan terlalu penat la..mlm nie baik punye..tdo awal la..hahaha..
xpi ape jawapan untuk perut aku nie..no answer..cian perut saya nie..
mesti ker tomyam lagi + telur dada or pasar malam je..mcm ok jer..
hahaha..ape lg roja housemate la g pasar mlm.
Sorang mcm xder kerelaan je..hahaha..xpi ok jer..huhuhuh..
apa pun nak beli ape jgak kat sana...selera yg sama jer..xder beza yg bezanya blh beli tudung la.
hahaha..pompuan..pompuan...mestila...kikikiki..Confirm jd pasar malam..yeyeyeyeye..

ok la tutupla citer nie...boring la saya nak tulis..kikikiki.
c u...daaaaa...

Ahad, 3 Jun 2012

OST Seindah Sakura Akasia TV3 - Harapan (HYPER ACT.)




Lirik Lagu Harapan (OST Seindah Sakura) – Hyper Act
Bicara mimpi itu
Mengheretku ke dasar
Gelap tangannya menggapai tanganku
Dan munculnya dirimu
Di pinggir laman itu
Hangatmu menyambutku kembali
Dan ku mengerti
Mengapa masih berdiri
Hadirnya siang berteman mentari
Dan ku bersama
Bintang malammu mencari kasihku
Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahagia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya
Dan angin kan memanggil
Bagai ada musafir
Hadir dan pergi tiada berjanji
Mungkin seketika
Ku merasa cintanya
Bagai dibelai mimpi sempurna
Dan taman ini
Tak bererti dan bersemi
Tiada indah tanpamu di sini
Dan ku jejaki
Walaupun hanya secebis kasihmu

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahagia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahagia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita

Hatiku
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita
Selamanya

Mafa feat Ronnie - Buatku Di Sana ost Seindah Sakura with lyrics




Lirik Buatku Di Sana - Mafa ft. Ronnie OIM - Lagu Tema Seindah Sakura 

Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia

Chorus:
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

*:
Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa

**:
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati

Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku disana

[Ulang Chorus]

Ohhh

Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta

[Ulang *]

[Ulang *]



Sabtu, 2 Jun 2012

x Sabar Nak keje Ari isnin.


woww!!!!..best gak tajuk nie...kakakaka..x sabar nak g kje ari isnin nie..apa ade pada ari isnin nanti..
tadaaaaa...kikikikiki...jap agi la br citer apa yg excited sgt nak g kje ari isnin nie...
Ari nie cuti PUblic, so aku pun cuti la..exclly sama je..sabtu kje smpai kul 1..
memandangkan cuti..ape ye aktiviti nak buat...kreta xder..moto je ade/\..xkan nak g jln ngan moto plak..sah2 blh brape  org je naik moto..nasib baik hosmate aku ade kete leh la merendak jap..
planning baik g la bwak diorang main bowling kat Metro point kajang nuh...kikikikikikiki..aku nie entah nape main bowling je..macam org darak pulak..kikiki..it's does't matter la...ade aku kesah ker!!!!!


sebelum naik atas kat bowling aderla gerai2 or kedai yg jual barang murah & cute kat hall bawah tu dlm metro point..jalan2 jumpa la kalkulator....bagi aku cute la..sebb tu aku beli..harga mahal gak la bg aku..wawawa..kalkulator gmbr doremon..ade kaler pink hello kity xpi tinggal 1 je..mestila dah ramai ore bukak tgk..dgn rase kecewa terpaksa la aku beli yg deremon punye kaler blue..ok gak...
ni aku upload gmbr kakulator yg aku begitu teruja nak g kle ari isnin nanti..


ok lets cekidiottt my new kalkulator,doremon lagi...blue tue.....

taraaaa..kakalkulator baru..arap pas nie rajin la duk tekan-tekan...

Kisah Jutawan Pengasas Al Rajhi BANK


Di pagi Sabtu yg bersamaan 12 Rejab 1433 ni, sy ade 1 artikel yg rasa menarik utk dikongsii ngan anda sume di luar sane. Artikel nie di cut & paste dr Mynewshub.my.
Uols nak kenal jutawan tue..ini la dia..

Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.
Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.
Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.
Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.
Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia.
Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.
Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya.
Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.
Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily, Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau mampu meyakinkan ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30 tahun lalu, bahawa bayaran ‘faedah’ adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia.

Kisah Al-Rajhi berkisarkan tentang bagaimana seseorang itu meraih kekayaan dari bawah.

Beliau terpaksa melalui kesusahan ketika beliau kecil sebelum menjadi kaya, dan kemudiannya meninggalkan segala harta yang ada setelah mengecapi kejayaan.

Al-Rajhi masih lagi aktif dalam bekerja walaupun usia beliau telah mencecah lebih daripada 80 tahun.
Beliau memulakan tugas harian sejurus selepas solat Subuh dan terus bekerja hingga selepas solat Isyak.
Beliau kini sedang memberikan tumpuan terhadap Yayasan SAAR, dengan berulang-alik di negara-negara Arab bagi menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan yayasan tersebut.
Beliau sering membawa diari kecil untuk mencatatkan aktiviti harian beliau dan sentiasa memastikan tidak akan terlepas dari satu aktiviti pun.
Al-Rajhi juga merupakan seorang yang amat berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi.
Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia, beliau juga telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur Tengah.
Daripada segi perladangan, beliau telah menjalankan banyak eksperimen ternakan secara organik di negara-negara Arab, termasuk perladangan udang Al-Laith. Beliau juga turut mengasaskan perniagaan hartanah dan juga beberapa lagi pelaburan.

Temubual:

Sheikh Suleiman, adakah anda kini telah menjadi miskin semula?
Ya. Kini apa yang saya miliki hanyalah pakaian-pakaian saya. Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh bagi saya. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan. Sememangnya saya yang memilih untuk menjadi miskin.
Mengapa berbuat begitu?
Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut. Ada beberapa sebab mengapa saya memilih untuk memilih jalan ini. Antara sebab-sebab utamanya adalah saya perlu menjaga sahabat-sahabat Islam dan juga anak-anak saya. Ia adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. Saya juga tidak suka untuk membuang masa di mahkamah hanya kerana ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan jumlah harta yang diwariskan kepada mereka. Terdapat banyak contoh di mana anak-anak mula berpecah hanya kerana harta yang kemudiannya menghancurkan syarikat. Negara ini telah banyak kehilangan syarikat-syarikat besar kerana perbalahan harta yang boleh diselesaikan jika kita mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan. Selain daripada itu, setiap umat Islam perlu bersedekah sebagai bekalan pahala di akhirat kelak, Jadi, saya lebih suka jika anak-anak saya mencari kekayaan sendiri daripada bergantung dengan saya.

Adakah Sheikh mempunyai banyak masa terluang setelah membahagikan kesemua harta?
Seperti yang telah saya maklumkan tadi, saya masih lagi bekerja keras untuk mendapatkan lebih derma. Saya telah bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menjayakan projek ini. Secara kebiasaanya, umat Islam sering membahagikan satu per tiga ataupun suku daripada kekayaan mereka untuk bersedekah yang hanya akan diberikan setelah mereka meninggal dunia. Namun, bagi saya, saya mahu mula bersedekah ketika saya masih hidup. Jadi, saya telah membawa anak-anak saya ke Mekah pada hujung bulan Ramadhan dan memberitahu mereka idea saya. Mereka bersetuju terhadap idea tersebut. Saya telah meminta bantuan daripada agensi-agensi yang berkaitan untuk membahagikan kesemua harta saya termasuk saham dan juga hartanah kepada anak-anak dan juga untuk didermakan. Kesemua anak-anak saya berpuas hati terhadap inisiatif saya dan mereka kini sedang menguruskan segala harta yang saya berikan kepada mereka.

Berapa banyak harta yang dibahagikan kepada anak-anak dan juga untuk didermakan?
Beliau tergelak tanpa memberi sebarang jawapan.

Apakah perasaan Sheikh terhadap kesemua projek yang sedang dijalankan?
Saya ingin menegaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang saya ambil sebelum melakukan sebarang pelaburan. Eksperimen yang saya lakukan terhadap pertukaran wang adalah salah satu daripada sebab mengapa saya mengasaskan bank. Ketiadaan bank Islam juga menjadi antara sebab mengapa saya mula mengasaskan Bank Al-Rajhi, yang kini merupakan bank Islam terbesar di dunia. Saya mulakan eksperimen saya dengan membuka pejabat di Britain dimana kami mula memperkenalkan sistem perbankan Islam ke peringkat yang lebih besar. Eksperimen tersebut kemudiannya mula berkembang dan ia mula mendapat sokongan daripada ulama-ulama Saudi pada ketika itu. Saya masih ingat lagi bagaimana permohonan saya untuk mendapatkan lesen untuk membuka bank tidak diterima pada mulanya. Ini adalah kerana pihak British tidak memahami apa-apa pun tentang sistem perbankan Islam. Saya kemudiannya pergi ke London dan berjumpa dengan Pengurus Bank of England dan dua daripada pegawai kanan beliau. Saya memberitahu mereka bahawa penggunaan faedah adalah haram bagi Islam dan juga Kristian dan kebanyakan daripada mereka sanggup menyimpan wang mereka di dalam kotak di rumah daripada menyimpan di dalam bank. Saya cuba untuk meyakinkan mereka bahawa (jika mereka mula membuka bank Islam) ini mampu menaikkan taraf ekonomi dunia. Mereka akhirnya bersetuju untuk mula membuka bank-bank Islam. Saya kemudiannya mula mengembara ke serata dunia di bahagian Timur dan Barat, dan berjumpa dengan ketua-ketua bank negara di beberapa buah negara dan memberitahu mereka bagaimana ciri-ciri yang terdapat dalam dunia ekonomi Islam. Kami mula bekerja dan mencapai kejayaan di negara-negara Arab dan melaksanakan perbankan Islam di London, saya kemudiannya berjumpa dengan Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Sheikh Abdullah bin Humaid, dan memberitahu mereka tentang rancangan saya bahawa : ‘Kita mampu, dengan izin Allah, memajukan perbankan Islam. Mereka memuji saya atas inisiatif yang saya jalankan. Dari situlah kami mula mengusahakan Bank Al-Rajhi seperti mana yang anda dapat lihat hari ini. Bagi projek Ladang Ternakan Al-Watania pula, saya mula mendapat inspirasi untuk menjalankan projek tersebut apabila melawat ladang ternakan di luar negara. Saya dapati bahawa cara mereka menyembelih adalah salah. Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk melabur dalam bidang ternakan atas nama Islam dan negara. Saya tetap menjalankan projek tersebut walaupun membuat pelaburan dalam industri ternakan adalah sesuatu yang agak berisiko pada masa tersebut. Kini, Al-Watania telah menjadi salah satu daripada projek mega di Saudi. Syarikat tersebut mendapat 40 peratus daripada saham di negara-negara Arab, dan ayam-ayam Al-Watania diberikan makanan yang cukup dan disembelih dengan cara yang halal menurut undang-undang syariah.

Walaupun dengan semua kekayaan yang dimiliki, mengapa syeikh tidak mempunyai satu pun kapal terbang sendiri?
Saya ada banyak kapal terbang, tetapi kesemuanya dimiliki oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Saya memilikinya setiap kali saya membayar tiket penerbangan untuk ke satu-satu destinasi (gurauan). Saya sering terbang dengan kadar kelas ekonomi kerana Allah tidak memberikan kita harta untuk ditunjuk-tunjuk.

Bagaimana pula dengan hobi syeikh?
Saya tidak mempunyai sebarang hobi yang khusus. Bagaimanapun, saya suka mengembara di padang pasir. Saya tidak pernah mengambil pakej percutian di negara-negara lain selain dari Saudi.

Ketepatan masa Al-Rajhi
Wawancara ini telah menunjukkan bagaimana disiplin Al-Rajhi dalam menepati masa. “Pada awal karier saya dalam industri, saya mempunyai beberapa perjumpaan dengan beberapa syarikat besar di Eropah. Saya masih ingat lagi kisah dimana saya terlambat selama beberapa minit dalam satu perjumpaan dengan salah seorang pegawai besar sebuah syarikat. Walaupun hanya beberapa minit, beliau tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Selepas kejadian tersebut, setelah projek kami mula berkembang, pegawai yang sama pula lambat untuk berjumpa dengan saya, jadi, saya pula yang tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Saya sering membawa kertas untuk menulis segala perjumpaan dan urusan dan sentiasa memastikan agar saya sering menepati masa walau apa pun.”
Al-Rajhi berkata lagi: Saya amat menepati segala perkara yang diterapkan dalam Islam sepanjang hidup saya. Saya pernah mendapat undangan daripada kerajaan Arab untuk menghadiri satu persidangan yang berkaitan dengan pelaburan. Kemudiannya, dalam persidangan yang sama, saya dijemput untuk mengambil bahagian dalam majlis makan malam mereka, saya dapati bahawa antara aktiviti yang dijalankan ketika majlis tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Saya kemudiannya keluar dari majlis makan malam tersebut. Kemudian, Abdul Aziz Al-Ghorair dari UAE turut serta bersama saya. Tidak lama selepas itu, menteri yang bertanggungjawab terhadap persidangan tersebut datang kepada kami dan kami mula menerangkan kepada beliau bahawa aktiviti yang dijalankan di majlis tersebut adalah bertentangan dengan budaya Islam. Beliau kemudiannya berkata bahawa aktiviti-aktiviti di majlis tersebut akan dibatalkan. Apabila mereka membatalkan aktiviti tersebut, kami kembali menyertai majlis tersebut.

Penyelesaian Masalah
Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang yang diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa. Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi syarikat Ternakan Al-Watania berkata: “Apabila kilang tersebut terbakar, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyakiti hati Al-Rajhi dengan memberitahu beliau tentang apa yang terjadi. Kami kemudiannya berjumpa dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan perkara yang terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.” Perkara yang sama terjadi di satu lagi projek Al-Watania di Mesir. Syarikat tersebut kerugian kira-kira SR10 juta Pound Mesir. Apabila pegawai projek tersebut menghubungi Al-Rajhi untuk memberitahu perkara tersebut, beliau terkejut apabila Al-Rajhi menjawab dengan menyebut: “Alhamdulillah.” – Mynewshub.my

VERSUS: Hujan - Lamunan Terhenti




Versus: Hujan Bergelar Juara Dengan 50.4% Undian, Bawa Pulang RM200,000

Sebuah lagi program dengan pentas terakhir malam ini adalah Versus yang secara pelik dan aneh buat pertama kali kami tulis di’sini dan terus mengumumkan pemenang. Tiada niat diskriminasi.
Dengan peratusan undian yang agak tinggu berbanding kumpulan yang lain, Hujan berjaya mengungguli senarai kumpulan yang lain untuk bergelar juara pada malam tadi.
Persembahan Hujan malam tadi sememang’nya tidak boleh di’sangkal akan kehebatan mereka lebih lebih lagi dengan kemunculan mengejut Dato’ Siti Nurhaliza sebagai duet khas.
Hujan membawa pulang plaque kemenangan Versus selain wang tunai RM200,000 sebagai ganjaran utama selaku juara keseluruhan. Maklumat lanjut bakal menyusul.














Jumaat, 1 Jun 2012

Konsert K-Pop : KBS Mohon Maaf



Kementerian Belia dan Sukan : KBS mohon maaf sekiranya Himpunan Jutaan Belia Ahad lalu dengan persembahan artis K-Pop dari Korea dalam, menyinggung perasaan mana-mana pihak di Malaysia.Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga menteri KBS berjanji bahawa pihaknya akan lebih telus akan datang bagi memastikan perkara sebegini tidak akan berulang lagi kelak.

“Saya mohon maaf kepada semua pihak sekiranya ada antara mereka tersinggung dengan persembahan K-Pop yang dikatakan berpakaian kurang sopan pada Himpunan Jutaan Belia lepas,” jelasnya optimis.
Menurut Ahmad Shabery, beliau menerima dengan baik teguran membina dari mana-mana pihak mahupun dari pembangkang sekalipun mengenai program yang diadakan sempena perhimpunan itu agar boleh dijadikan titik sempadan akan datang.
Menurutnya lagi, sepanjang program lima hari itu, lebih 500 acara telah diadakan. “Mungkin ada beberapa acara perlu ditelusi kembali. Saya amat terbuka dan optimis, tetapi banyak perkara lain yang boleh dilihat,’ jelasnya sebelum menghabiskan sesi sidang media.
Credit: Forblogger.net

genG-Geng yg COMel

Follow WIth Me By Tweet..