“Ya Allah ya Tuhan kami, rahmat-Mu yang sentiasa aku harapkan, kerana itu janganlah Engkau serahkan urusanku kepada diriku sendiri meskipun sekelip mata, perbaikilah urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau” Amin.Assalamualaikum ,

Isnin, 23 April 2012

Salam Takziah utk Kawan Kita

Al Fatihah...

Al Fatihah utk kawan kiter yg maut apabila disyaki terjatuh dari tingkat 4 di UPSI.
Lets cekidiot this story..Al Fatihah Sekali lagi....credit digg.com


Maut di UPSI Ada Kaitan Mistik

Maut di UPSI ada kaitan mistik ke? sekadar artikel susulan penjelasan timbalan naib canselor UPSI mengatakan pelajar UPSI maut jatuh dari bangunan tersebut ada kaitannya dengan mistik berdasarkan beberapa point.
Sangat menyayat hati dan maarilah kita sedekahkan sekujur Al-fatihah buat yang muslim dan apa yang patut bagi agama lain yang perihatin.


Ketika insiden lebih kurang jam 5.30 petang hingga jam 6.30 petang itu, mangsa Fatimah Mina Md Juferi berusia 22 tahun dan berasal dari Bakri Muar, ditemui terbaring di tingkat bawah bangunan tersebut dengan kesan luka di beberapa bahagian badan, termasuklah patah di rusuk kiri dan kanan, kaki kanan serta bahu kiri dan kanan.
Mayat pelajar Tahun Dua Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak itu ditemui lengkap berpakaian dan bertudung oleh beberapa pelajar yang kebetulan melalui kawasan itu.
Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar, berkata insiden itu di luar kawalan pihak mereka dan menyifatkan ia mungkin ada kaitan unsur mistik seperti gangguan makhluk halus.
“Saya mewakili warga UPSI menyampaikan salam takziah kepada keluarga arwah dan kami juga turut mengadakan majlis tahlil ringkas untuk arwah, malam semalam (kelmarin) di surau Kampus Proton City, yang disertai beberapa pegawai universiti dan pelajar.
“Selain itu, dua rombongan bas disertai 80 pelajar, termasuk Penolong Pendaftar UPSI, Musa Jaafar turut mengiringi kepulangan jenazah ke rumah keluarganya di Muar, pagi tadi (semalam) bagi menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepadanya, selain menghulurkan sedikit sumbangan,” katanya semalam.


Menurutnya lagi, video rakaman CCTV yang dipasang di bangunan itu turut mendapati arwah memasuki bangunan itu dalam keadaan seakan separuh sedar sebelum dilihat menaiki tangga ke tingkat atas.
“Difahamkan, arwah mempunyai sejarah diganggu makhluk halus sebelum ditawarkan memasuki UPSI dan beliau dikatakan sedang mengikuti beberapa rawatan perubatan tradisional serta Islam bagi mengatasi masalah tersebut.
“Kami juga dimaklumkan rakan serumahnya, pelajar itu turut berkelakuan pelik sebelum ini, termasuk sering bercakap sendirian dan menangis,” tegasnya lagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan kes itu, yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut – Al fatihah.

Tiada ulasan:

genG-Geng yg COMel

Follow WIth Me By Tweet..